Misteri Penunggu Asrama UPSI Tanjung Malim
Assaalamualikum admin. Mula2 sekali saya
nak perkenalkan diri saya sebagai Fiza. Saya baru sahaja lepas tamat
belajar disalah sebuah IPTA Di Tanjung Malim. Saya nak ceritakan
pengalaman seram saya sepanjang saya belajar disana.
Masa
semester 1 pada tahun 2012, saya dapat rumah asrama dan blok paling
hujung di dalam UPSI. Rumah saya adalah di tingkat 4 paling atas dan Ada
3 bilik, semuanya Ada 6 orang. Masa tu memang saya rasa ok dan tak ada
apa peristiwa seram yang berlaku. Tapi bila tiba waktu senja dan malam,
perasaan seram tu tetiba muncul. Tambah2 lagi dalam bilik mandi. Masing2
kami buat tak tahu dan tak nak ambil tahu. Kami hanya duduk didalam
bilik masing2.
Nak dipendekkan
cerita, ketika itu kami semua sangat sibuk dengan assignment masing2.
Kebetulan seorang daripada rakan saya yang duduk didepan bilik saya
terlalu beremosi oleh kerana dia tidak mampu untuk meneruskan
pembelajaran dan sangat sukar untuknya faham ilmu pengajian kami. Puas
saya pujuk agar tenang dan tabah. Rupa2 nya emosinya smpai terbawa2
sehingga dia benar2 jadi lemah selemahnya.
Kisah Seram Misteri Penunggu Asrama UPSI Tanjung Malim : Gangguan 1
Ditengah
malam, tengah saya nyenyak tidur, dalam 2 3 pagi macam tu, tiba2 saya
dikejutkan dengan rakan saya yang lemah ni, namanya Ros. Ros kejutkan
saya melalui telefon. Saya yang hanya berfikiran straight berasa pelik
dan terus jadi seram dan tak nak angkat telefon tu. Bertubi2 Ros call
saya, semakin lama semakin saya menjadi seram. Dalam fikiran saya hanya
brfikir, adakah Ros yang buat calling tu? Saya abaikan. Kemudian, Ros
call rakan sebilik saya. Terus rakan saya angkat dan bertanya kan
kenapa. Saya yang berpura2 mamai turut tanya rakan saya. Almaklum lah
pagi2 buta ni kan.
Saya dan rakan
sebilik saya iaitu Jiba, bergegas buka pintu bilik Ros. Kami berada
dalam keadaan mamai, buka2 pintu dah terasa seram, dicampur dengan bunyi
orang mengaji yang dibuka oleh Ros melalui telefon pintarnya. Kami pun
bukalah lampu bilik. Ros teresak2 nangis diatas katilnya dan rakan
sebiliknya tidak sedarkan diri, tidur mati. Kami bertanya kan kenapa,
kemudian rakan sebilik Ros tiba2 sedar dari tidurnya dan berasa hairan
melihat kami. Ros kata, Ada “benda” putih duduk tepi katil dia dan nak
tarik dia. Apa lagi, naik bulu roma kami dibuatnya. Lama juga kami Cuba
tenangkan Ros sampailah Ros tertidur semula.
Kalau
Ada apa2, Rakan2 akan cari saya. Saya pun tak tau lah kenapa diorg ni
cari saya untuk bantu diorang. Saya pun bukanlah kuat orangnya. Cuma
saya paksakan diri untuk jadi berani, padahal kecut perut jugak. Nak tak
nak, berbekalkan ilmu yang saya tau, saya Cuba buat pagar dalam rumah
kami. Alhamdulillah gangguan dah tiada.
Kisah Seram Misteri Penunggu Asrama UPSI Tanjung Malim : Kemuncak Gangguan
Tibanya
waktu kemuncak assignment berlambak2, Rakan bilik saya pula yang
diganggu. Sebenarnya diorang langsung tak nak cerita apa2 pada saya.
Pada satu malam tu, Jiba tidur lewat disebabkan assignment yang
bertimbun-timbun. Saya tidur dahulu dengan lampu bilik terpasang. Tiba2
sedar2 saya dari lena tu, saya lihat Jiba tak ade dalam bilik. Dalam
fikiran saya mungkin Jiba buat assignment dekat luar. Saya pun jenguk la
kat luar bilik, semua lampu rumah terpasang, saya fikir mungkin Jiba
ada kat luar ni, sebab mamai dan malas nak fikir panjang. Kemudian saya
sambung tidur smula.
Keesokan hari
nya, saya pelik sebab Jiba senyap saja. Saya bertanya kan pada rakan
yang lain. Rupa2 nya masa Jiba dah terlelap atas katil tu, Jiba ditarik
oleh “benda” tu jugak dihujung katilnya. Jiba puas ronta2 dan jerit2
memanggil2 saya untuk minta tolong tapi saya tak sedar2 jugak. Kemudian
Jiba cuba baca ayat2 Al-Quran dan akhirnya terlepas dari “benda” tu.
Jiba yang sedar dari tidur, berlari ke bilik sebelah, rupa2nya Jiba
tidur dibilik sebelah tinggalkan saya sorang2 dalam bilik. Jiba ingat
dia selamat tapi rupa2nya “benda” tu masih ada lagi mengganggu dia. Saya
yang duduk dengar tu tiba2 seram dan berimaginasi katil Jiba yang
berada didepan mata saya.
Saya yang
hanya mampu berdoa dan baca ayat2 Al-Quran yang saya tau semasa saya
bantu rakan2 saya tu, tak lama kemudian saya pulak yang diganggu.
“Benda” tu tak ganggu saya seperti rakan2 lain tapi “benda” tu hanya
menggangu saya ketika saya berada dalam bilik air. Saya jenis suka
bangun awal pagi pukul 5 macam tu dengan tujuan basuh baju. Terdapat
cermin besar dalam bilik air, 2 bilik mandi dan 1 toilet. Ketika saya
sedang membasuh muka gosok gigi depan cermin, saya berasa seram sangat
sehingga saya tak berani memandang cermin unntuk tengok diri saya. Pada
ketika itu saya merasakan ada orang sedang melihat saya.
Disebabkan
saya buat tidak endah, badan saya tiba2 terasa seperti dicucuk2,
digeletek dibahagian pinggang, tangan dan bahu. Nak tak nak, dalam bilik
air yang saya hanya keseorangan tu, saya kuat kan diri berdoa banyak2
dan cuba tidak menghiraukan benda tu. Saya cuba terus masuk bilik air
dan mandi secepat mungkin. Lepas sahaja saya berwuduk untuk subuh,
akhirnya tiada lagi rasa tu dari diri saya. Mujurlah saya dilindungi
Allah.
Kredit: http://sharafie.net
Kredit: http://sharafie.net
Blogger Comment
Facebook Comment