KULIM: Penduduk di kawasan Sungai Karangan, terutama anak gadis dan wanita kini hidup dalam keadaan tidak tenteram selepas mendakwa beberapa lelaki warga asing sering mengintai mereka.
Menurut laporan Harian Metro, peristiwa tersebut mula berlaku sejak beberapa bulan lalu apabila anak gadis dan wanita banyak kali terserempak dengan suspek dipercayai warga Myanmar mengintai mereka ketika berada di bilik air dan bilik tidur.
Penduduk dikawasan tersebut mendakwa, kejadian itu tidak pernah berlaku sebelum ini, namun sejak kehadiran warga asing terbabit kehidupan mereka mula berubah dan tidak tenteram.
“Bagaimanapun, kejadian sebelum ini tidak pernah dilaporkan kepada pihak polis dan hanya menjadi bualan penduduk kampung.
“Namun kejadian terbaru awal pagi semalam tidak boleh dibiarkan lagi apabila anak gadis jiran saya diganggu lelaki warga asing itu yang menghulur tangan melalui tingkap dan membaling batu ke dalam bilik tidur,” kata seorang penduduk, Noryana Ali.
Kejadian itu berlaku sekitar jam 4 pagi apabila tiga anak gadis jirannya berusia 15, 17 dan 18 tahun yang sedang tidur diganggu suspek.
Mangsa berusia 18 tahun yang tidur berasingan di dalam bilik turut diganggu apabila dibaling batu melalui tingkap dan terkena padanya.
from HANASUVA http://ift.tt/2nexSgR via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment