Luahan Sayu Isteri Mangsa Kemalangan Akibat Kereta Dibawa Lawan Arus
Norasikin tidak dapat menahan sebak bercakap tentang suaminya, Mohamad Fandi yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 134 Lebuhraya Utara Selatan di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
Kemalangan itu berpunca dari sikap tidak bertanggungjawab Cindy Ng yang membawa kereta secara berbahaya dengan melawan arus.
Pasangan itu sebenarnya baru sahaja berkahwin 3 bulan lalu, dan mereka tinggal berasingan kerana Norasikin bertugas sebagai jururawat di Hospital Selayang.
Manakala, Fandi pula bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat di Seberang Jaya di Pulau Pinang
Norasikin berkata, selalunya Mohamad Fandi akan menghantarnya pulang ke Kuala Lumpur selepas bercuti di rumah keluarga di Penang.
Tetapi kali ini, suaminya beriya-iya meminta Norasikan pulang sendiri ke ibu negara.
Ini luahannya:
"Dia berkeras tak mahu hantar saya balik Kuala Lumpur pada Selasa depan... rupa-rupanya itu petanda suami saya terus pergi."
"Dia sempat belikan tiket penerbangan untuk saya pulang ke Sungai Petani pada Khamis ini tetapi minta saya menguruskan sendiri perjalanan pulang ke Kuala Lumpur pada Selasa depan.
"Asalnya saya tak rasa apa-apa yang pelik bila dia kata tak boleh hantar saya balik ke Kuala Lumpur minggu depan.
"Sekarang saya tahu kenapa,"
"Dia habis bertugas jam 7 pagi. Sebelum kejadian, perangai dia macam biasa tapi dalam dua hari sebelum ini saya nampak dia lebih pendiam."
"Biasanya Fandi periang dan suka bercakap,"
Pasangan pengantin baru itu baru sahaja menghabiskan masa bercuti di Langkawi 2 minggu yang lalu.
Malah berita menyedihkan, Norasikin kini berbadan dua dan di peringkat awal kehamilan.
Jenazah Allahyarham dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pokok Assam. from Berita Memey http://ift.tt/2nD4c8W via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment