loading...

Suami Maut Serta Merta Lepas Isteri Tendang Buah Zakar

NEW DELHI: Seorang lelaki maut selepas isterinya menendang buah zakarnya pada awal pagi semalam di barat Bengaluru.

Suri rumah yang cuma dikenali sebagai Rohini, berkata suaminya, Arun, 45, yang diuji positif HIV memaksanya melakukan hubungan seks.

“Saya bertindak untuk mempertahankan diri, ” katanya kepada polis. Rohini ditangkap atas dakwaan membunuh.

Menurut polis, Arun tiba di rumah dalam keadaan mabuk, mengejutkan isterinya dan mahu melakukan hubungan seks.

“Rohini memberitahu dia sengaja menjauhkan diri daripada Arun kerana bimbang dijangkiti penyakit itu.

“Apabila dia enggan mengikut kehendak suaminya awal semalam, Arun cuba merogolnya. Apabila Rohini menendang buah zakarnya, Arun meninggal dunia serta-merta,” kata polis.

Arun dan Rohini berkahwin 15 tahun lalu, dan pasangan itu mempunyai anak perempuan berusia 13 tahun. Rohini berkata, hubungan mereka mula hambar apabila Arun didiagnos positif HIV beberapa tahun lalu. Mereka setuju untuk kekal dalam satu rumah demi kebaikan anak mereka.

“Rohini mendakwa tendangannya menyebabkan kematian Arun tetapi penyiasat menemui kesan kecederaan di kepala mangsa.

“Buat masa ini, kami tidak dapat menyatakan punca kematian Arun atau masalah kesihatannya turut menjadi penyebab. Kami perlu menunggu laporan bedah siasat,” kata Timbalan Pesuruhjaya Polis, MN Anucheth. – TIMES OF INDIA

SUMBER

from HANASUVA http://ift.tt/2mKgNLj via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close