Oleh Doraeloq
"Tolong jaga adab anak anda ddekat public, jangan sampai menyusahkan orang lain," demikian teguran seorang pengguna Facebook bernama Doraeloq semalam mengenai tindakan seorang kanak-kanak berlakuan biadab terhadap dua penumpang wanita di sebuah bas eskpress.
Video dimuat naik Doraeloq berdurasi 45 saat itu menunjukkan kanak-kanak lelaki berkenaan berdiri dan menghadap dua penumpang wanita muda di belakangnya serta cuba menarik langsir di belakang.
Bagaimanapun, penumpang berkenaan menghalangnya berbuat demikian menyebabkan kanak-kanak terbabit mula meludah mereka sebanyak 14 kali.
Kedua-dua wanita itu kemudian cuba melindungi diri menggunakan langsir dan tangan daripada terkena air ludah kanak-kanak terbabit sebelum salah seorangnya cuba memaklumkan kepada individu yang duduk di sebelah kanak-kanak itu dipercayai ibu bapanya, menegur perbuatan anaknya.
"Ini kalau kena dekat aku, memang aku tampar mulut budak ini, dengan mak-mak dia aku tampar sekali. Eh bodoh, kalau tak tahu macam mana nak jaga anak, tak payah buat anak. Ini sah jenis buat anak sebab tak tahan kawan-kawan selalu upload gambar dah ada anak. Itu yang dia pun buat anak juga. Last-last anak jadi biada, sebab dapat mak bapak jenis tak bagi perhatian langsung," tulis Doraeloq di Facebooknya, 21 jam yang lalu.
Bagaimanapun, ada segelintir netizen berpendapat bahawa memang biasa budak-budak berperangai seperti itu tetapi tidak wajar dilempang kerana budak itu adalah anak orang lain.
Sebaliknya, netizen bernama Ieeja Pinky menyarankan dua penumpang wanita itu sepatutnya mengadu pada ibu kanak-kanak berkenaan.
"Kita tiada hak nak tampar anak orang. Dalam video ini, kakak dua orang itu penyabar kot, sebab itu dia tak marah, dia senyum sahaja. Korang marah budak-budak macam korang tak pernah jadi budak.
"Masing-masing masa budak ada perangai tak senonoh masing-masing. Lainlah yang dah besar buat macam itu, memang patut kita tampar mulut dia sampai berdarah. Maaf, saya suka dan sayang budak-budak," katanya.
Bagi Pejal Ibrahim pula, "Jangan salahkan budak itu. Salahkan orang tua dia. Kau nak tampar dan sepak budak itu buat apa? Budak bawah umur 6 tahun, apa dia tahu? Dia tahu nak bermain saja.
"Pesan pada ibu bapa dia. Kalau tak dengar, maknanya parentnya yang bermasalah. Itu saja," katanya. - The Reporter
from The Reporter http://ift.tt/2mQ2d1v via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment