loading...

"Tolonglah Jangan Post Masa Kat Tempat Kejadian, Itu Boleh Undang Kes Jenayah Yang Tak Jangka!"

Bukan saja artis, sikap suka menguar-uarkan lokasi percutian, tempat makan dan hal-hal lain, antara perkara disukai pengguna media sosial hari ini. Seakan tidak sah kalau sehari tidak “up date” perbuatan sendiri tanpa menyedari boleh mengundang “jenayah” tanpa dirancang. Apa kata kita tanyakan hal ini kepada pelakon, Elfira Loy atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Binti Ahmad Sabri, 23 tahun.

MW: Tabiat mendedahkan identiti atau lokasi menjadi kesukaan pengguna media sosial hari ini tanpa menyedari mendedahkan diri sendiri kepada jenayah tidak terancang? Apa pandangan Elfira?

Elfira Loy: Sebenarnya saya faham, kenapa orang suka ‘tag’ kata mana tempat makan best, lokasi percutian yang cantik sebab ianya trend masa kini. Artis pula mungkin menggunakan media sosial sebagai platform untuk berkongsi  dengan peminat apa yang mereka lakukan ketika itu.

Post ini ada baik dan buruknya. Boleh terdedah kepada bermacam-macam perkara termasuk jenayah yang tidak disengajakan. Penjenayah juga boleh jadikan kita sebagai sasaran jenayah mereka termasuk ragut, rompak dan sebagainya. Saya biasa akan post lokasi selepas saya beredar dari tempat kejadian bagi mengelakkan hal buruk berlaku. Jangan post semasa di lokasi. Dilarang sama sekali. Itu cara saya lakukan!

MW: Kecenderungan mak ayah yang suka syer gambar-gambar anak yang comel sedikit sebanyak memberi rangsangan kepada jenayah fidofilia. Apa kata Elfira?

Elfira Loy: Ye ke? Saya tak pernah dengar pula hal ini. Bagaimana anak hendak terdedah kalau maklumat kita tak kongsi dengan tepat? Tapi bagi saya, apa saja kita nak load, sila jaga keselamatan diri dan anak-anak kerana kita tidak tahu siapa orang di sekeliling kita!

MW: Mak ayah sekarang dah tak kisah anak jadi artis sebab glamor? Komen sikit?

Elfira Loy: Cerita pasal mak ayah yang nak anak jadi artis ni, mungkin sedikit berbeza berbanding dulu. Sekarang, artis dipandang sebagai selebriti popular. Apa artis buat semua orang ambil tahu. Bangun daripada tidur pun nak tahu gosip tentang artis dulu. Artis pula hari ini, sudah dilihat sebagai inspirasi kepada ramai orang. Artis dalam bidang bisnes, artis dalam bidang agama, artis dalam pelbagai bidang lain.

Jujurnya, tak salah mak ayah ada cita-cita tu, tapi jangan lepas tangan sebaliknya terus pantau anak. Saya mula dalam bidang ni dari kecil lagi, sekarang usia saya 23 tahun tapi mak ayah saya masih pantau. Alhamdulillah, 10 tahun saya sebagai anak seni, saya masih lagi dipantau dengan rapi oleh mak. Alhamdulillah kerana saya berada di pengurusan dan jagaan terbaik daripada mak sendiri.

MW: Perlu ke mak ayah bersikap terbuka?

Elfira Loy: Jujurnya saya dulu seorang yang sangat penakut. Tambah-tambah ada kes rogol dan samun libatkan remaja ketika itu. Nak ke kedai beli makanan pun saya malu, tak ada keyakinan diri langsung. Mak hantar saya pergi audition sebab nak tengok, sama ada saya berbakat atau tidak? Ternyata, saya berada di landasan yang betul. Saya dah tak takut memberikan pandangan, saya berani membuat keputusan. Mak ayah cuma menghantar saya ketika itu, berikan sokongan tetapi niat saya sendiri adalah untuk berjaya. Alhamdulillah, saya mampu bertahan, dah masuk 10 tahun ini.

MW: Artis dan platform bisnes? Gunakan bakat atau macam mana?

Elfira Loy: Bakat ini anugerah Allah. Kita Cuma gerakkannya dengan cara yang betul. Hari ini saya beri sokongan kepada produk sarang burung, SAHI kerana saya penggemarnya tetapi saya ada bisnes sendiri. Satu, pakaian Muslimah, El By Elfira Loy, Winklebyelfira dan café, Lovemesevendays di Alam Damai, Cheras.

Baca di website

from Peristiwa http://ift.tt/2npFixH via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close