Kuala Lumpur: Seorang suri rumah berdepan dengan dugaan apabila beg tangannya dicuri ketika solat Maghrib di sebuah pusat membeli-belah di sini, 25 Februari lalu.
Menurut laporan Harian Metro, Zuhaiza Abuas, 38, berkata, dia menghubungi wanita itu menerusi telefon bimbitnya malah diugut pencuri itu dengan meminta kata kunci telefon sekiranya mahu beg tangan itu semula.
Akibat kejadian itu, dia kerugian hampir RM6,000 apabila hilang beg tangan, iPhone6S plus dan jam tangan pemberian suami sempena hari lahir.
“Kejadian berlaku selepas saya solat Maghrib bersama adik di surau sambil ditemani tiga anak.
“Saya ingatkan anak saya membawa bersama beg tangan keluar surau. Tetapi apabila mereka katakan tiada, saya sedar beg tangan saya sudah dicuri,” katanya.
Menurutnya, dia kemudian membuat laporan di kaunter polis bantuan sebelum melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
“Saya nampak dalam rakaman itu seorang wanita berbaju putih berlengan panjang dan bertudung merah jambu mengambil beg tangan saya.
“Saya hubungi dia dan dengan beraninya dia meminta kata kunci telefon sekiranya saya mahu beg tangan saya.
“Tetapi saya tidak sebodoh itu kerana tiada jaminan dia memberikan beg saya,” katanya.
Dia berkata, dia difahamkan kes sama pernah berlaku sebelum ini dipercayai dilakukan orang sama berdasarkan rakaman CCTV.
from HANASUVA http://ift.tt/2mgTdFs via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment