loading...

Apakah itu AUTISME? Bahagian 1

Anda sedang sedap menikmati steak wagyu Me’nate berharga RM300 bersama sama keluarga tercinta. Secara tiba2 takde angin takde ribut datang seorang kanak2 dalam lingkungan umur 8-10 tahun rapat bersebelahan anda dengan sekelip mata sambil ambil sikit daging tu dan masuk mulut dia. Lagak kanak2 tersebut langsung tiada rasa bersalah. Lantas anda marah sambil bertanya ANAK SIAPA NI?

Dengan pantas juga si ibubapa kanak2 tersebut datang mintak maaf kepada anda sambil menerangkan bahawa anak itu adalah autistik. Anda tak tahu pun apa maksud perkataan itu. Atau mungkin gambaran bila anda dengar perkataan AUTISM bersamaan dengan CACAT. Lalu anda dengan marah mendengus:

“Sihat walafiat sempurna je fizikal anak kau ni aku tengok. Celah mana yang cacatnya?”

***

Anda bawa anak anda ke taman permainan dikawasan perumahan anda. Seronok melihat riadah si anak bermain diwaktu petang. Tiba2 anda lihat apabila dia cuba bercakap dengan seseorang lagi kanak2 sebaya dengan anak anda, pertanyaan dan percakapan anak anda kepada kanak2 tersebut langsung tidak diendahkan. Seolah olah anak anda langsung tidak diwujud dimata kanak2 tersebut. Lantas dalam hati anda berkata:

“Jenis budak2 tak reti bersocial. Mesti mak bapak jenis beri hadap ipad/handphone tiap2 hari je. Anak aku cakap elok2 dengan dia tapi dia buat tak tahu macam anak aku tu tunggul. Terencat barangkali”

***

Sekali lagi anda dengar ipar anda diminta hadir ke sekolah kerana anak dia mempunyai masalah dalam persekolahan. Cikgu bagi homework tak buat, kat dalam kelas tak tumpu perhatian, kadang2 pergi merayau ntah mana2. Lepas tu pulak anak tersebut kuat meludah, gigit orang dan bila orang lain marah pun dia buat dono je. Terdetik dalam hati mengumpat:

“Itu la jenis tak reti disiplin kan anak itu yg darjah satu dah kurang ajar. Takde la autistik ke apo ko bondo semua tu. Kena pandai mendidik baru anak dengar cakap. Ini memang jenis makbapak yang gagal memainkan peranan dan buat anak je reti!”

***

Semua senario2 kejam dan salah faham ini dihadapi oleh ibubapa yang mempunyai anak dan ahli keluarga autisme SETIAP HARI. Walaupun kesedaran dari pihak pendidikan(cikgu), pemulihan(therapist) dan perubatan(doktor) tentang autisme ini semakin lama semakin meningkat, ianya masih tidak mampu untuk meningkatkan kesedaran masyarakat umum. Maka sempena bulan April yang merupakan Bulan Kesedaran Autisme, mari bersama sama kita go through the journey nak tingkatkan awareness.

SO, AUTISM/AUTISME/AUTISTIK/ASD(autism spectrum disorder) TU APA?

Autism adalah sejenis KONDISI dimana ianya melibatkan spectrum(bayangkan pelangi tu, ada warna yang terang ada yang gelap) melibatkan masalah perkembangan neuro(neurodevelopmental). Anak itu TIDAK CACAT. Anak itu TIDAK TERENCAT. Anak itu bukan sebegitu sebab IBUBAPA GAGAL mendidik. Mereka hanya BERBEZA keupayaan dalam sudut2 tertentu.

Seseorang itu diklasifikasikan mengalami autisme sekiranya mempunyai masalah(berdasarkan definasi DSM-IV, 2013):

1) VERBAL AND/OR NON VERBAL COMMUNICATION PROBLEMS
-Masalah berkomunikasi dengan orang lain tak kira mak bapak sendiri atau dengan orang yg tidak dikenali. Sama ada dari segi verbal(bertutur dalam bahasa yang boleh difahami oleh orang lain) atau/dan non-verbal(bila orang suruh dia pilih baju mana dia nak pakai, tunjuk dengan jari pun dia tak boleh buat)

2) SOCIAL INTERACTION PROBLEMS
-Masalah untuk memahami situasi dalam berinteraksi dengan orang lain. Selalunya apa yang dilakukan itu tidak dianggap sebagai “normal” oleh masyarakat umum(Gelak sorang2, bila bercakap tak pandang kita walaupun tidak pekak, menjerit secara tiba2, pukul diri sendiri/stimming). Tak kira bila sorang2 ataupun bila ada orang lain. Termasuk juga masalah menilai social cues(petanda sosial) masyarakat sekeliling (bila orang lain sedih dia gembira, bila orang lain gembira dia marah)

3) REPEATED, REPETITIVE PATTERNS OF BEHAVIOURS, INTERESTS OR ACTIVITIES
– melakukan sesuatu aktiviti, kelakuan dan perbuatan yang tidak banyak variasinya, berulang kali, tidak mengira masa atau ketika. Contohnya kalau susun mainan, dia susun sebaris je, dengan mainan2 yang tertentu SAHAJA. Kalau ada yang berubah(sama ada mainan atau barisan), dia akan marah atau tidak senang duduk. Termasuk juga melakukan sesuatu tanpa ada stimulus luaran(suka tepuk2 kepala walaupun sakit tetap buat berulang kali). Kalau suruh buat benda lain dia tak mahu, kalau dipaksa jugak boleh tunggang terbalik satu rumah.

Sekiranya tidak merangkumi criteria ini(ada criteria terbaru tapi bezanya hanyalah klasifikasi jenis, dari segi definisi dan penilaian tiada beza), maka anak tersebut TIDAK termasuk dalam kategori mengalami autisme dan jenis neurodevelopmental disorder yang lain.

Kalau tiga2 ciri2 tersebut ada, maka berapa mendalam masalah yang dialami berdasarkan tiga komponen tersebut. Kalau betul2 bermasalah atau ada ciri2 tersebut tapi tak berapa bermasalah sangat, maka klasifikasi dalam spectrum adalah berbeza(mcm pelangi, ada warna gelap dan terang).

So dari mana datangnya autisme ni? Berjangkit ke? Keturunan ke? Mutasi ke? Next part kita discuss pasal tu InsyaAllah.

from Root of Science http://ift.tt/2nYleRZ via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close