loading...

Kerap Bawa Anak Keluar Malam Boleh Ganggu Waktu Tidurnya. Patutlah Kerap Meragam

Orang dulu-dulu memang pantang kalau mak bapak bawa anak kecil keluar rumah waktu malam terutama waktu Maghrib. Tetapi ibu bapa moden hari ini 'selamba' sahaja mengheret anak kecil yang baru lepas pantang keluar bersiar-siar di 'shopping mall' waktu malam.

Tabiat ini menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat hari ini yang suka membawa anak keluar berjalan sehingga lewat malam.

Menurut Pakar Runding ENT, Pusat Perubatan Tropicana, Dr Mallina Sivarajasingam, kecenderungan ibu bapa hari ini membawa anak kecil keluar hingga lewat malam boleh menyebabkan anak mengalami gangguan pola tidur yang boleh mengganggu pertumbuhan minda dan fizikal mereka.

Berikut antara beberapa fakta tentang tidur dan tumbesaran si manja menurut Dr Mallina.

1. Bayi dan kanak-kanak di bawah usia prasekolah perlukan tidur sekurang-kurangnya sembilan ke 12 jam sehari. Ia penting untuk proses tumbesaran anak, di samping membantu ibu bapa mendisiplinkan mereka dengan menepati masa tidur yang sepatutnya.

2. Membiarkan anak tidur lambat akan membuatkan mereka bertambah penat keesokan harinya, sebab itulah kadangkala ibu bapa sukar mengendalikan si kecil kerana mereka mengalami perubahan emosi dan asyik meragam.

3. Tabiat membiarkan anak kecil tidur lewat mungkin dianggap perkara biasa pada ibu bapa moden hari ini tetapi perlu diingat tentang kesannya yang lebih besar pada masa akan datang.

4. Ibu bapa mesti faham keperluan dan kepentingan tidur untuk perkembangan positif anak. Pentingnya mereka mengetahui kebaikan yang diperoleh daripada tidur yang cukup dan apa yang akan berlaku sekiranya anak tidak mendapat tidur yang berkualiti.

5. Bayi dan kanak-kanak memerlukan tempoh tidur tertentu mengikut usia mereka. Bayi baru lahir sehingga usia tiga bulan memerlukan tidur antara 10 hingga 16 jam sehari.

6. Ketika tidur, bayi selalunya aktif dalam pergerakan di mana kita boleh melihat si kecil menggerakkan tangan dan kakinya serta tersenyum secara tiba-tiba walaupun masih tidur.

7. Pakar kanak-kanak mengesyorkan ibu mengurangkan tempoh tidur bayi pada waktu siang dengan mendedahkan mereka kepada cahaya dan bunyi atau kerap bermain. Kemudian dodoikan bayi pada lewat petang dengan memastikan suasana senyap dan kurang aktiviti.

8. Kanak-kanak berusia satu hingga dua tahun perlu diajar mengamalkan tidur sekejap pada waktu siang sekurang-kurangnya selama sejam. Namun elakkan tidur pada waktu lewat petang kerana ia akan menyukarkan si kecil tidur awal pada waktu malam.

9. Fasa usia kanak-kanak tiga ke lima tahun atau dikenali sebagai prasekolah adalah tempoh mencabar bagi ibu bapa memastikan anak berdisiplin untuk tidur awal kerana ketika ini mereka mula aktif dan sukar dikawal.

10. Kanak-kanak usia ini sukar tidur awal kerana keinginan untuk menyertai aktiviti yang dilakukan oleh ahli keluarga. Mereka berusaha menahan rasa mengantuk hingga mengakibatkan berlaku rembesan hormon seperti adrenalin yang akhirnya membuatkan si kecil menjadi terlalu aktif.

Masalah anak sering berjaga hingga lewat malam sudah menjadi normal di kalangan ramai keluarga. Ia nampak seperti perkara biasa yang tak penting tetapi kesannya minda anak akan letih lalu menyebabkan mereka asyik merengek, cerewet, meragam, menangis, cepat marah dan mudah tersinggung hingga sukar untuk ditenangkan.

Penyelesaiannya disiplinkan anak kecil untuk tidur awal. Kadangkala tidur 15 minit lebih awal berbanding biasa mampu memberi impak positif kepada si kecil. Apa pun, semuanya bergantung kepada ibu bapa sendiri. Paling penting ibu bapa juga perlu terlebih dahulu berdisiplin dalam hal ini sebelum dilaksanakan kepada anak-anak.

Tip tidur bayi satu hingga dua bulan

* Perhatikan corak tidur bayi dan kenal pasti tanda mengantuk.

* Letakkan bayi dalam buaian ketika mula mengantuk dan bukannya selepas tidur.

* Baringkan bayi dengan muka dan kepalanya bebas daripada gangguan selimut atau bantal.

* Galakkan bayi tidur pada waktu malam.

Tip tidur bayi tiga hingga 12 bulan

* Atur jadual tidur siang dan malam.

* Amalkan rutin yang konsisten dan menyeronokkan bagi membolehkan mereka tidur lena pada waktu malam.

* Wujudkan suasana persekitaran yang 'mesra tidur', misalnya mengurangkan kecerahan lampu dan mengurangkan bunyi-bunyian.

* Galakkan bayi tidur dengan sendiri.

Tip tidur kanak-kanak usia satu hingga tiga tahun

* Kekalkan jadual tidur harian dan rutin tidur yang konsisten.

* Jadikan persekitaran bilik tidur yang sama setiap malam.

* Tegas dalam menetapkan had konsisten agar mudah difahami kanak-kanak.

* Galakkan penggunaan objek permainan lembut seperti patung haiwan dan selimut sebelum tidur.

* Galakkan anak minum susu sebelum tidur.

Tip tidur kanak-kanak prasekolah

* Kekalkan jadual tidur yang konsisten.

* Lakukan aktiviti rutin yang bersifat santai sebelum tidur dalam bilik anak (misalnya membaca buku cerita atau mengemas beg sekolah).

* Tetapkan masa menonton televisyen atau bermain komputer sebelum jam 9 malam.

Sumber: Vanilla Kismis

 


 

Layari laman web

from kanak-kanak http://ift.tt/2nvJSWG via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close