loading...

'Semua gigi anak terpaksa dibuang kerana sudah rosak dihakis susu'

Ibu bapa selalu diingatkan untuk menjaga kebersihan gigi anak mereka bermula dari usia bayi. Walaupun gigi anak hanya merupakan gigi susu sementara, namun kesihatan gigi susu mempengaruhi kesihatan gigi anak di kemudian hari. 


Oleh Jeb Aen

Oleh kerana ramai sahabat-sahabat saya 'pm' dan WhatsApp saya bertanya kenapa anak sulung saya kena bedah buang semua gigi, jadi saya kongsi sedikit maklumat ya. 

Anak saya suka tidur dengan botol susu sejak dari kecil lagi. Semasa dia berusia 6 bulan pun gigi dah tumbuh. Jadi, empat batang gigi bahagian atas memang rongak terus. Hari itu sampai bernanah disebabkan jangkitan kuman. Selepas diberi antibiotik, barulah okey sikit. 

Kemudian saya terus pergi rujuk dengan doktor pakar gigi sebab tak tahan dengan masalah gigi anak. Anak saya tak ada makan gula-gula atau jajan seperti kanak-kanak yang lain. Dia hanya obses pada botol susu. Disebabkan manis susu itulah gigi dia terhakis. 

Penyelesaiannya, dia kena buat dental clearance untuk elak kuman dan supaya gigi kekal tumbuh dengan cantik dan sihat. Gigi anak digosok. Tetapi rezeki dia nak jadi macam ini, nak buat macam mana? Saya mampu buat begini kerana inilah jalan terbaik untuknya. 





Selepas pembedahan selama 3 jam, dia terus makan bubur dan minum seperti biasa. Tiada merengek atau menangis. Sangat-sangat bersyukur sebab dia sendiri tak tahan dengan gigi lama dia. Doakan saya istiqomah menjaga gigi anak nanti.
from The Reporter http://ift.tt/2nJIvpc via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close