loading...

"Tak Ramai Yang Nak Buat Tapi Ini Pilihan Saya. Apa Yang Bagus... Saya Ikut!"

Diana Amir atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir tetap cantik dan langsing seperti dahulu walau pun baru sahaja selesai habis pantang selepas melahirkan anak kedua. Bayi perempuan comel yang diberikan nama Khadeja Al Zehra ini baru berusia dua bulan ketika sesi fotografi itu diadakan.

“Saya melahirkan Khadeja pada 4 Januari lepas di sebuah hospital swasta di Shah Alam. Alhamdulillah, Khadeja bayi yang tak banyak ragam dan mudah diurus. Melahirkannya secara normal membuatkan proses berpantang lebih mudah.

Lebih menyenangkan apabila anak sulung saya, Khawlah Al Azwar, 2 tahun, juga dapat menerima kehadiran adiknya dengan baik. Tidak pernah rasa cemburu dengan kehadiran ‘orang baru’. Bahkan Khawlah sangat menyayangi adiknya itu. Pendek kata, dia seorang kakak yang baik pada adiknya,” Ujar Diana mengenai kedua orang cahaya mata perempuannya itu.

Patutlah Kekal Langsing

“Pada zaman yang moden ini, mungkin ramai yang sudah tidak mahu mengikuti cara berpantang orang dulu-dulu. Tapi bagi saya, apa yang bagus saya akan ikut. Sebab itu saya berpantang mengikut cara tradisional. Dua hari sekali, ada bidan yang datang mengurut saya di rumah dan menyediakan mandian khas untuk saya menggunakan daun-daun herba dan rempah ratus.

“Bidan akan rebuskan dan saya mandi menggunakan air rebusan itu. Saya tidak minum ais sepanjang tempoh pantang. Saya juga banyak makanan yang mengandungi halia dan lada hitam untuk membuang angin dan memanaskan badan. Selalunya mak dan mak mertua saya akan datang hantarkan lauk untuk saya.

“Namun, berpantang kali kedua ini lebih mudah kerana saya sudah ada pengalaman berpantang anak pertama dahulu. Saya juga bertuah kerana mak dan mak mentua tinggal tidak jauh dan datang membantu saya di rumah. Begitu juga suami.” Tambah Diana yang kelihatan cekap menguruskan anak-anaknya.

Ini Pilihan Diana Dalam Mendidik Anak

Sentuh bab mendidik anak-anak, Diana ada cara tersendiri. “Mungkin anak-anak masih terlalu kecil jadi cabarannya berbeza. Namun, dalam mendidik anak-anak, saya lebih suka ikut apa yang anak suka dan tidak gemar paksa mereka lakukan sesuatu. Macam anak sulung saya, Khawlah, saya belum hantar dia ke sekolah namun di rumah saya turut memantau kegiatannya di rumah.

“Sekarang mudah, dengan smart TV, kita boleh buka Youtube dan boleh buka rancangan bercorak pendidikan yang sesuai untuk anak-anak. Saya juga didik anak dan berkomunikasi dengan mereka seperti rakan. Saya tak bercakap pelat dengan anak dan sebab itu agaknya anak saya tak pelat. Sebenarnya anak-anak faham apa yang kita ajar pada mereka walau pun mereka masih kecil. Mungkin kita yang anggap mereka tak faham sedangkan mereka sebenarnya faham. Jadi, cara kita berkomunikasi dengan anak-anak juga penting.
 

Baca di website

from cerita cover http://ift.tt/2nXrJ7V via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close