loading...

Apa Yang Fazura Komen Pasal Fattah Amin Mesti Buat Anda Terkejut ...

Apa Yang Fazura Komen Pasal Fattah Amin Mesti Buat Anda Terkejut ... 

Image result for fazura fattah amin


Pelakon Fazura akui Fattah Amin seorang pelakon yang berbakat besar dan tidak lagi 'kayu' seperti yang dilabel sesetengah pihak.
 
Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 33, berkata, dia kagum melihat lakonan Fattah sepanjang menjalani penggambaran drama terbaharu, Hero Seorang Cinderella.
 
"Saya rasa Fattah bukan pelakon kayu.
 
"Saya boleh kata, bakat yang ada pada dia agak besar cuma mungkin selama ini dia takut nak tunjukkan sepenuhnya.
 
"Mungkin juga disebabkan kata-kata orang sebelum ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada dirinya. 
 
"Tapi saya yakin untuk drama kali ini, dia telah menunjukkan banyak peningkatan. Lihat sahaja nanti, ada banyak yang akan dia buktikan," katanya kepada Astro Gempak.
 
Drama adaptasi novel arahan Michael Ang itu bakal ditayangkan mulai 22 Mei ini.
 
Dalam pada itu, Fazura memberitahu dia bakal berduet dengan Fattah untuk lagu tema Hero Seorang Cinderella.
Fattah Amin Bukan Pelakon Kayu - Fazura
 
"Saya dan Fattah akan menyanyikan lagu duet berjudul sama dengan nama drama tersebut.
 
"Sepatutnya kami sudah masuk studio untuk rakaman tapi memandangkan masing-masing sibuk ia terpaksa ditangguhkan dan akan dirakamkan dalam masa terdekat," katanya lagi.
 
Fazura dan Fattah serta beberapa pelakon Hero Seorang Cinderella bakal berangkat ke Belgium bagi menyambung penggambaran drama terbabit selama sembilan hari mulai 11 Mei ini.

kredit: astrogempak
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close