loading...

Bayi Mati & Kakaknya Kritikal Setelah Ditinggalkan 3 Hari Tanpa Makanan

Dari kiri: Daniil, 23 bulan, Anna, 2, dan ibu mereka, Vladislava Podchapko, 20
UKRAINE - Seorang ibu tergamak meninggalkan dua anaknya dalam rumah terkunci sehingga dua beradik berkenaan mati kelaparan. 

Vladislava Podchapko, 20, meninggalkan anak lelakinya Daniil, 23 bulan, dan anak perempuannya, Anna, 2, bersendirian dalam rumah sementara dia tinggal di rumah teman lelakinya selama 9 hari. 

Tiada makanan yang ditinggalkan selain beberapa beberapa makanan ringan sahaja. 

Apabila Podchapko kembali, Daniil telah meninggal dunia, manakala Anna dalam keadaan tidak sedarkan diri dan demam teruk. 

Kesan wallpaper dikoyak oleh mangsa yang terdesak dipercayai dilakukan oleh Anna. 
Dalam video yang dirakam oleh polis Ukraine di rumah tersebut menunjukkan sofa bed, tempat tidur Anna dan baby cot, tempat tidur Daniil. Malah, terdapat kesan wallpaper dinding rumah turut dikoyakkan oleh dua kanak-kanak berkenaan.

Tempat tidur Daniil
Menurut jiran berhampiran, mereka terdengar dua beradik itu menangis dan menjerit, namun tiada yang tampil memecah masuk ke kediaman itu. 

Keadaan dalam rumah
Lapor Mirror, Anna yang ditemui dalam keadaan lemah dan demam teruk itu terus dikejarkan ke hospital untuk rawatan kecemasan. 

"Anak kecil itu lemah, sangat-sangat lemah," kata seorang doktor yang terlibat dalam merawat mangsa. 

"Dia dikejarkan ke hospital dan kami mula memberikan makanan kepadannya. Dia kini dalam keadaan stabil dan kami menjangka dia akan pulih dalam masa beberapa hari lagi," katanya. 

Ibu kepada dua kanak-kanak terbabit telah ditahan dan berdepan dengan hukuman penjara 8 tahun atas tuduhan mengabaikan anak. 

Dalam keterangannya pada pihak polis, Podchapko berkata, "saya tidak tahu yang mereka boleh mati."

Jiran berhampiran mengakui terdengar bunyi tangisan dan jeritan dua beradik berkenaan, namun tiada yang datang untuk memeriksa
Terdapat laporan yang belum disahkan mengatakan ada seorang jiran yang menghubungi polis melaporkan kejadian itu, namun tiada sebarang tindakan dari pihak berkuasa berkenaan. 

Podchapko juga dikatakan tidak mengalami sebarang masalah kewangan dan kerap memuat naik gambar anak-anaknya yang kelihatan gembira, dua beradik berkenaan dijaga dengan baik berserta dengan kapsyen gambar seperti "Mother's joy", "Pretty Woman", "My Love", "I Love you, darling" yang ditujukan kepada Anna dan Daniil. 

Difahamkan, dua beradik berkenaan adalah hasil perkahwinan Podchapko dengan bekas suaminya. Podchapko kini telah menemui teman lelaki baru dan dilaporkan hamil. 

Sementara itu, Anna akan dihantar dan dijaga oleh pusat perlindungan rumah anak yatim atau diberi pada keluarga angkat, atau diserahkan kepada bapanya.

Kredit - The Reporter

Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close