Mohon sebarkan insiden ini terutama kepada mereka yang menggunakan smartphone iPhone. Sila berwaspada dan sentiasa beringat.
Sabtu lalu (3 Disember 2016), saya bersama isteri dan anak kami berkunjung ke Pavillion. Malangnya, iPhone milik isteri saya telah dicuri ketika berada di kedai Zara. Penyeluk saku terbabit telah membuka zip beg tangan isteri saya dan mencuri iPhonenya ketika kami berdiri di kawasan titik buta (blind spot) kamera litar tertutup (CCTV).
Kami hanya menyedari kehilangan iPhone itu 10 minit kemudian selepas insiden itu. Saya cuba menghubungi iPhone isteri saya, malangnya iPhone itu telah dipadamkan. Kemudian saya cuba mengesannya menggunakan 'Find my iPhone', bagaimanapun status menunjukkan iPhone itu offline.
Lalu saya mengaktifkan 'Lost mode' dan 'Lock mode' bagi menghalang mana-mana individu menggunakan iPhone tersebut sebelum membuat laporan polis.
Tiga hari kemudian, isteri saya menerima MMS dari nombor yang tidak dikenali menunjukkan bahawa iPhone miliknya telah ditemui di KLCC dan diberi alamat url yang tertulis, 'Apple Support'. Bagi melihat lokasi iPhone berkenaan, kami diminta untuk memasukkan Apple ID dan kata kunci.
Tanpa berfikir panjang, kami mengikut saja arahan yang diberi. Rupa-rupanya alamat url yang diberikan itu adalah palsu yang dihantar oleh pencuri bagi mendapatkan Apple ID dan kata kunci. Dalam masa lima minit, iPhone milik isteri saya telah dipadam dari senagai 'Find my iPhone'.
Mesej pemberitahuan yang diterima oleh mangsa dihantar oleh individu yang telah mencuri iPhonenya dalam kejadian di Pavillion, 3 Disember 2016 | Foto - Keng How |
Laman web palsu yang dibuat khas bagi menyamai laman web Apple yang sebenar. Perhatikan pada alamat URL yang tertera | Foto - Keng How |
Saya percaya bahawa 'mereka' telah berjaya membuka iPhone itu dan menjualnya di pasaran.
Saya berharap anda yang telah membaca pendedahan ini dapat kongsikan kepada kenalan anda yang menggunakan telefon jenama Apple. Jangan sesekali memberikan Apple ID dan kata kunci kepada alamat URL yang tidak dikenali meskipun tertera "Apple Support".
Saya mengaku kami cuai dan tidak berfikir panjang sebelum mengambil tindakan itu. Saya harap perkongsian saya ini dapat membantu mereka yang lain di masa akan datang. Terima kasih. - Keng How | The Reporter
from The Reporter http://ift.tt/2hirO3Q via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment