Sebuah syarikat pengeluar pakaian dalam Jepun baru-baru ini menghasilkan coli yang hanya akan terbuka kancingnya apabila si pemakai benar-benar dilamun cinta.
Coli dinamakan sebagai ‘Penguji Cinta Sebenar’ itu menggunakan pengesan dan gajet khas yang dihubungkan ke peranti mudah alih bagi menganalisis pola serta kelajuan degupan jantung pengguna pada ketika individu terbabit bertemu seseorang lelaki.
Perisian peranti pada coli berkenaan akan menganalisis maklumat berkenaan dan menentukan sama ada si pemakai benar-benar dilamun cinta atau sebaliknya.
Jika si pemakai mengalami perasaan cinta dan ghairah, kancing di bahagian depan coli akan terbuka sendiri.
Bagaimanapun, baju dalam jenama Ravijour itu bukan untuk dijual, tetapi ia sekadar gimik sempena kempen promosi mereka yang menyambut ulang tahun ke-10.
Jurucakap Ravijour, Yuka Tamura berkata, coli unik berkenaan dihasilkan untuk menarik perhatian bukan sekadar pengguna produk mereka.
Kredit: HANASUVA
Blogger Comment
Facebook Comment