“Bayi saya baru berusia 7 bulan. Saya menyusu badan secara eksklusif. Sejak kembali bekerja, semasa ditinggalkan dengan pengasuh, bayi saya akan diberikan susu badan yang telah dipam. Saya belum datang haid sejak melahirkan. Tetapi doktor mengesahkan saya kini sedang mengandung 3 bulan ! Macam mana saya boleh mengandung walaupun saya menyusu badan secara eksklusif ??!! ”
Penyusuan susu ibu secara eksklusif merupakan salah satu teknik merancang keluarga. Selalunya, haid tidak akan datang sepanjang tempoh tersebut.
Kajian mendapati, penyusuan susu ibu secara eksklusif dapat mencegah kehamilan dalam tempoh 6 bulan pertama selepas kelahiran sehingga 98% (1).
Walaubagaimanapun, ia akan hanya menjadi efektif jika ibu mengamalkan “Lactational Amenorhea Method” SEPENUHNYA.
1) Apakah “Lactational Amenorhea Method (LAM)” ?
Ia adalah teknik yang akan memanjangkan tempoh ketiadaan haid melalui penyusuan susu ibu. Wanita yang mengamalkan penyusuan susu ibu secara eksklusif tidak mengalami proses ovulasi (pengeluaran ovum/telur) yang normal. Ini akan merendahkan risiko untuk hamil.2) Bagaimanakah teknik LAM ?
a) Wanita tersebut melahirkan anak kurang daripada 6 bulan yang lalu.b) Wanita tersebut masih belum mendapat haid pertama selepas melahirkan anak.
c) Proses penyusuan adalah secara EKSKLUSIF iaitu semua keperluan nutrisi bayi adalah dari susu ibu SAHAJA – TIADA campuran susu formula, air kosong, madu, bijirin, puree dll. Campuran bahan lain akan menyebabkan bayi kenyang dan akan kurang menyusu badan.
d) Menyusukan bayi secara “on demand” (setiap kali bayi nak menyusu). Pada waktu siang, jarak penyusuan tidak melebihi 4 jam dan pada waktu malam, tidak melebihi 6 jam.
e) Minimum tempoh penyusuan ialah 60 minit SEHARI.
f) Tidak menggunakan puting tiruan (dummies/pacifier).
g) Penyusuan adalah direct dari payudara ke mulut bayi – BUKAN menggunakan pam .“Suckling effect” daripada bayi memainkan peranan penting untuk merencat proses ovulasi. Pemerahan susu tidak akan merencatkan proses ovulasi secara efektif.
Jika tidak dapat memenuhi teknik LAM secara total, adalah dinasihatkan untuk menggunakan tambahan alat pencegah kehamilan bagi mereka yang merancang untuk menjarakkan kehamilan.
(Maklumat tambahan boleh didapati daripada post sebelum ini : “Tereksiden mengandung”)
Kredit: Root Of Science
Blogger Comment
Facebook Comment