loading...

Kerana Cerai Tergamak Pemandu Lori Ini Mahu Bunuh Isteri Dia


BATU PAHAT - Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah atas pertuduhan cuba membunuh isterinya, 28 November lalu. 

Izaki Mohamed Taib, 37, didakwa di Mahkamah Sesyen, Khamis, kerana cuba membunuh isterinya dengan menjerut leher mangsa di tempat letak kereta di sebuah pasar raya. 

Izaki bagaimanapun tidak mengaku bersalah sebaik tuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di hadapan Hakim Amran Jantan. 

Mengikut kertas pertuduhan, Izaki didakwa menjerut leher Nursuhana Misni, 22, menggunakan tali nilon bagi membunuhnya dalam kereta di tempat parkir sebuah pasar raya di sini, antara jam 7.35 hingga 7.45 malam, selepas mangsa menyatakan hasratnya mahu meminta cerai.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan. 

Tiada sebarang jaminan yang ditawarkan terhadap tertuduh sebelum mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 21 Disember ini bagi membolehkan tertuduh melantik peguamnya.

Kredit - The Reporter

Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close