PERMATANG PAUH, PULAU PINANG - Seorang wanita dilaporkan meninggal dunia selepas melahirkan anaknya, akibat tumpah darah yang banyak, Selasa lalu.
Lapor Penang Kini, arwah yang dikenali sebagai Kak Azie, 40, yang tinggal di Taman Puteri Gunung, Simpang Ampat SPS, meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya.
Gambar bayi arwah Kak Azie tersebar di media sosial, melahirkan rasa simpati netizen terhadap si kecil yang tidak sempat merasai belaian seorang ibu.
Arwah Kak Azie (3 dari kiri) bersama keluarga |
Menurut Sharifah Norizah Syed Ali, Sabtu 1 April lalu, arwah ada menghubunginya melalui WhatsApp bertanyakan tentang khidmat berurut selepas bersalin.
Namun tidak beberapa lama kemudian, beliau dimaklumkan bahawa pelanggannya itu telah meninggal dunia selepas bersalin.
"Al-fatihah untuk arwah. Sangat tersentuh kerana beberapa jam sebelum meninggal, beliau sempat menghantar mesej untuk urut bersalin," tulisnya.
Semoga keluarganya bersabar dan tabah menghadapi ketentuan Ilahi ini. Sayangi dan hargailah ibu kita, betapa mereka bertarung nyawa semasa melahirkan kita. - The Reporter
from The Reporter http://ift.tt/2n9i7bb via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment