loading...

Sebanyak 20,809 Sampah Dibuang Di Sungai Klang Setahun

Sejumlah 20,809 ton sampah telah dikeluarkan daripada Sungai Klang dalam tempoh setahun bermula Februari 2016 hingga Februari tahun ini sejak bermulanya projek pembersihan Sungai Klang.

Menurut laporan The Star, pembersihan itu turut menampakkan kesan positif terhadap habitat semulajadi di sekeliling tebing sungai yang disebabkan peningkatan kualiti air.

Pengerusi Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor, Elizabeth Wong, menjelaskan, projek tersebut dijalankan oleh Hebat Abadi Sdn Bhd dengan memasang 48 unit mini-log boom bagi mengekang daripada sebarang sampah pepejal masuk ke Sungai Klang.

Wong turut menjelaskan mungkin akan menerapkan penggunaan dron dan sensor bagi memantau keadaan sungai termasuk pembuangan sisa pepejal secara haram dalam masa terdekat.

Kerajaan Negeri Selangor, Pembangunan Kampung Baharu serta beberapa badan wajib telah diarahkan untuk memantau serta mengambil tindakan segera terhadap mana-mana kilang atau sebarang premis yang menyebabkan pencemaran sungai.

from HANASUVA http://ift.tt/2oA5yGi via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close