Ini Uncle Leong Kin Beng, 63 tahun. Pax kami dari DMK-KUL as not to land sebab? Sebab dia percaya pada seseorang individu yang mahu menawarkan pekerjaan kepadanya di Bangkok. Tetapi dia rupanya menjadi mangsa penipuan dan mengalami kerugian sebanyak RM3,000. Ekoran dari itu, Uncle Leong terpaksa menjadi gelandangan, tidur di tepi lebuhraya di negara itu.
Isteri? Sudah meninggal dunia. Anaknya? Sudah berkahwin dengan warganegara Taiwan dan tidak kembali ke Malaysia lagi.
Kami temankan Uncle Leong nak clear passport. Dalam perjalanan ke kaunter, Uncle Leong berhenti untuk menukar duit di satu kaunter di mana ada pax lain kata boleh menukar matawang di situ. Malangnya, Uncle Leong sekali lagi ditipu menyebabkan dia mengalami kerugian sebanyak RM211.
Kami cuba mendesak kakitangan kaunter itu pulangkan duit Uncle Leong atau kami akan buat laporan polis. Tetapi mereka beri pelbagai alasan kononnya kami tak tahu mengira. Saya terus bawa anggota polis datang ke kaunter, barulah mereka terus menukar semula duit Uncle Leong.
"Tuan Rozli, terima kasih kerana bantu saya. Saya terharu," katanya sambil menghulur RM100 kepada kami, padahal kami tahu dia sendiri tidak mempunyai wang yang banyak.
Namun kami menolaknya dengan baik. Lalu bermulalah adegan menangis teresak-esak di depan kaunter imigresen. Allahu, terharu lagi kami, Uncle Leong.
Kami hantar Uncle Leong sampailah ke lambaian terakhirnya di mana dia menaiki bas ke Gopeng, Ipoh, jam 1.30 petang tadi.
Uncle Leong berkeras mahu belanja kami makan bersama-sama dengannya, namun masa pula tidak mengizinkan. Uncle Leong tetap mahu menghulurkan duit kepada saya, tetapi saya tidak mahu menerimanya kerana apa yang kami mahu adalah, Uncle Leong selamat tiba di kampungnya. Itu saja sudah cukup.
"Uncle doakan kami ya," kata-kata terakhir saya kepadanya.
Uncle Leong menangis apabila kami terpaksa menolak pelawaannya untuk makan bersama. Uncle Leong melambai pada kami dan turut mendoakan kami. Semoga Tuhan menjagamu, Uncle Leong.
Kredit - Sayida Shaidi | The Reporter
Kredit - Sayida Shaidi | The Reporter
Blogger Comment
Facebook Comment