Masih ramai yang tak temui jawapan, kenapa berat badan tak turun-turun walaupun rajin bersenam.
Malah ada yang gigih diet namun jarum penimbang tetap tak berundur!
Cuba semak balik, adakah anda ada buat beberapa perkara ini? Jika ya, silalah ubah sebelum saiz seluar anda bertambah besar!
1. Dahaga, tapi pilih untuk makan
Ada yang keliru antara rasa dahaga dengan lapar. Jika anda baru sahaja makan dan rasa tidak kenyang, cuba minum air dan tunggu 20 hingga 30 minit. Adakah anda masih rasa lapar lagi?
2. Tak sarapan pagi
Tidak bersarapan kononnya dengan harapan boleh kurus. Tapi sebenarnya ia buatkan anda makan lebih banyak waktu tengah hari dan tanpa henti.
3. Makan depan TV atau komputer
Ramai yang suka makan depan TV dan komputer. Inilah punca GEMUK sebenar sebab tak tengok jumlah makanan dan akhirnya terlebih makan. Kalau boleh waktu makan elakkan dari menonton sesuatu yang melalaikan.
4. Suka jadi ‘tong sampah’
Jika ada lebihan makanan, elakkan dari menghabiskannya. Lakukan apa sahaja asalkan anda mengawal keinginan makan berlebihan. Jangan pula niat nak jadi ‘tong sampah’ kerana tak nak membazir!
5. Teman si dia makan
Selalu berlaku, awalnya niat nak teman pasangan makan je. Tapi lepas tengok makanan, akhirnya terbabas sampai makan sekali!
6. Guna pinggan & mangkuk besar
Tahukah bahawa saiz pinggan atau mangkuk besar buatkan anda makan berlebihan? Apabila ada banyak ruang pada pinggan ia buatkan makanan kelihatan sedikit sedangkan itulah bahagian makanan yang sepatutnya anda makan.
7. Ikut sangat keinginan
Teringin makan itulah, makan inilah.Selalunya perempuan yang ada masalah sebegini. Bila berat badan naik, barulah rasa menyesal.
from HANASUVA http://ift.tt/2hZvcRS via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment