loading...

6 Kata-kata Yang Selalu Menantu Pendam Di Hati

Mahu rapat dengan mentua tetapi kebanyakan menantu 'tidak ngam'. Agaknya walau di wajah tersenyum manis, dalam hati masih ada duri yang tersusuk, siapa tahu?
 
 
 
Menantu perempuan selalunya sangat susah untuk ungkapkan pandangan walau hati tidak setuju tentang sesuatu yang dilakukan mentua. Takut dan rasa hormat seringkali dijadikan alasan yang akhirnya akan mempengaruhi suasana di dalam keluarga tersebut. 
 
 
 
Kalau mampu meluah, pasti kata-kata ini selalu akan muncul dalam kepala seorang menantu...
 
 

1. "Saya juga tahu cara didik anak..."

Cara menjaga anak selalu berbeza. Ya, ibu marah anak kerana mahu mendisiplinkan si kecil, tetapi mentua pula akan muncul sebagai 'hakim' dengan menegur perbuatan yang dilakukan menantu pada si anak salah depan anak-anak. Alahai... mesti wujud sedikit rasa kekok dalam diri, bukan? Timbul pula isu bandingkan cara mentua jaga anak dulu bukan seperti menantu buat. 
 
 

2. "Janganlah tiba-tiba datang mengejut ke rumah..."

Menantu mungkin rasa terganggu dengan kehadiran mertua secara tiba-tiba ke rumah kerana belum sempat kemas dan masak. Takut juga tiba-tiba rumah berselerak, mentua fikir menantunya pemalas. Dalam kes ini si suami boleh jernihkan keadaan dengan meminta si ibu agar menghubungi sebelum datang atas alasan risau tiada di rumah. Senang, bukan? 
 
 
 

3. "Jangan tegur cara kemas rumah..."

Kadang mak mentua datang rumah, perabot yang ada dialihkan. Baju yang belum sidai, mak mentua dah selesaikan. Anda mesti rasa terkilan. Sebenarnya ibu mertua berniat mahu membantu, tetapi anda sendiri fikir negatif merasakan gagal menguruskan rumah. Tetapi sesekali kalau mentua tolong buat, apa salahnya.
 
 

4. "Jangan bandingkan saya dengan perempuan lain..."

Ada juga mentua yang bersikap dingin dengan menantu hanya disebabkan layanan menantu tidak begitu sempurna pada suami anda. Wajarlah jika anda tak suka dibanding dengan perempuan yang pernah hadir dalam hidup suami. Nak-nak pula bekas tunang atau isteri, konon pandai masak menu kegemarannya atau apa sahaja yang berkait. Tetapi jika anda yakin dengan cinta suami, abaikan apa yang didengar. 
 
 

5. "Jangan timbulkan isu ibu bekerja tiada masa untuk anak dan suami..." 

Sesetengah mentua lebih suka jika menantunya jadi suri rumah uruskan hal anak dan cucu dengan sempurna. Tetapi mungkin kewangan kurang mencukupi, jadi anda terpaksa bekerja. Jangan melawan apa yang mentua buat, cuba kongsikan rasa dengan suami untuk jelaskan keadaan. 
 
 
 

6. "Jangan buat suamiku macam anak kecil..."

Anda mungkin cemburu melihat ibu mertua anda selalu masak makanan kegemaran untuk suami. Baru niat nak buatkan air, tengok-tengok semua sudah terhidang di atas meja. Hmmm... Kadang rasa seolah-olah mentua ambil alih tugas di rumah hanya kerana anda bekerja. Sebenarnya anda boleh fikir positif, ibu mestilah sayangkan anak. Bukan mahu 'merampas' tugas anda sebagai isteri, mungkin nak membantu apa yang mampu. 
 
 
 
Wanita-wanita, adakah betul anda ingin sangat meluah dan berkata seperti itu kepada mentua? Nampaknya suami juga perlu tahu apa yang terbuku di hati seorang wanita sebagai menantu. Untuk elak keadaan jadi lebih keruh, seeloknya suami kena pandai ambil peranan jaga dua hati insan tersayang. Kena pandai tutup kekurangan dan kena bijak cari alasan demi damaikan suasana dalam rumah tangga. 
 

Baca di website

from info psikologi http://ift.tt/2j0urEO via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close