loading...

Baru seminggu bersekolah, anak saya dah jadi mangsa buli

Gambar hiasan sahaja | Google Images
Sepanjang satu minggu pertama sekolah ini, saya terfikir macam mana mahu mengatasi masalah Aisya yang selalu dibuli oleh rakan sekelasnya. Sedih, geram dan marah, semua berbuku dalam hati. 
  • Hari pertama, baju Aisya bertompok-tompok hitam. Kawan pijak, katanya. 
  • Hari kedua, tudung kena conteng. Tak apalah, saya buatkan satu set yang baru. 
  • Hari ketiga dan selanjutnya, macam-macam cerita. Ada sedih, ada gembira. 

Malam tadi, barulah Aisya menceritakan secara terperinci kes dia dibuli oleh seorang budak yang sama. Aisya disuruh buang sampah yang dia buat. Dia guna segala barang Aisya dan kalau Aisya bantah, dia cubit kuat-kuat sampai pernah sekali Aisya menangis.

Cikgu sudah menegur budak itu, tetapi pada hari seterusnya masih sama. Saya tak berani nak sahihkan cerita ini, sekadar mendengar Aisya bercerita. 

Tetapi sebenarnya, kes Aisya dibuli bukan baru. Sebenarnya masa Pra Sekolah lagi dah kena. Barang Aisya pecah berderai, saya tak marah tetapi pernah sampai pahanya dicucuk dengan gunting! Hati ibu mana yang tak sebak mengenangkan anak yang hanya mampu menangis semasa dibuli? Tetapi sedikit pun dia tidak mengadu kepada saya dan suami. Aisya cuma menceritakan perkara sebenar yang berlaku apabila saya bertanya mengapa bekas pencilnya pecah, paha luka, seluar koyak. 

Hati saya terdetik, kenapa sejauh ini Aisya menyimpan rahsia? Aisya dah pandai mereka cerita ke atau Aisya mula berbohong? Saya menghubungi guru kelas dan ya, benar ada berlaku perkara itu. Allahu, sedihnya saya rasa. 

Saya tahu mereka budak-budak, ya budak-budak. Sentiasa ada exception bila buat kesalahan kecil. Tetapi terfikir tak kita sebagai ibu bapa kalau dari kecil lagi anak-anak sudah pandai membuli sehingga mencederakan kawan? Dah besar kelak, jadi apa? Sedar tak akhlak dan adab bermula dari rumah, bukannya dari sekolah? 

Mungkin anak kita penyantun di depan mata kita, tetapi di belakang kita, sejauh mana kita mengenali anak-anak kita sebenarnya? Periksalah, tanya atau selidik dengan apa cara sekalipun untuk mengawasi kelakuan anak kita dari jauh. Pesan banyak-banyak dan berulang kali sebelum hantar anak ke sekolah. 

JANGAN BULI KAWAN! 

Mungkin Aisya pun sama nakal di sekolah. Saya tak nampak tetapi saya berusaha dengan pesan dan doa. Kalau sama-sama main terjatuh, tertolak, tersandung itu biasa. Tetapi kalau cuma seorang individu itu dijadikan bahan untuk dikenakan, itu buli namanya. 

Saya berharap sangat semua ibu bapa yang terbaca status ini, peka dengan tingkahlaku anak-anak kita. Manalah tahu kalau anak kita pembuli atau mangsa buli. Wallahua'alm. - Aisya Humaira
from The Reporter http://ift.tt/2hZmenL via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close