KUALA LUMPUR – Rangkaian kedai serbaneka 24 jam, 7-Eleven menjelaskan kejadian tikus memasuki mesin pemanas makanan yang hangat diperkatakan di laman sosial adalah kejadian terpencil.
“Kami telah mengadakan siasatan dalaman kami sendiri dengan segera dan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Daerah Petaling mengenai perkara tersebut.
Kejadian tersebut didakwa berlaku pada 2 Januari lepas di cawangan 7-Eleven di Kelana Centre Point.
Dalam penjelasannya itu, 7-Eleven berkata, pihaknya “mempunyai jaminan kualiti audit dan langkah kawalan serangga atau binatang perosak untuk mencegas kejadian tersebut.”
“Keselamatan dan kesejahteraan pelanggan kami adalah amat penting kepada kami dan kami ingin menegaskan bahawa 7-Eleven Malaysia memastikan semua produk makanan kami adalah berkualiti tinggi dan dihasilkan secara bersih dalam kemudahan yang diluluskan dan yang telah diaudit.
“Sekali lagi, kami ingin memohon maaf dan mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami kerana kesabaran dan pemahaman anda sementara kami mengambil tindakan pembetulan lagi untuk mengelakkan kejadian seperti itu daripada berlaku lagi,” akhiri 7-Eleven.
The post 7-Eleven Mohon Maaf Kes Tikus Dalam Pemanas Makanan..!! appeared first on PenMerah.com.
from PenMerah.com http://ift.tt/2i18Eet via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment