loading...

(Video) 'Mana nak lari woi?!'


MARAN, PAHANG - Seorang kanak-kanak perempuan mengalami bengkak di tangan kiri selepas dilanggar sebuah kereta ketika sedang berlari mendapatkan ibunya, petang tadi. 

Dalam kejadian jam 2 petang di Shell Kampung Awah itu, mangsa berusia lingkungan 4-5 tahun itu sedang berlari mendapatkan ibunya yang masuk ke kedai, namun tidak menyedari kehadiran sebuah kereta lalu dilanggar sehingga terjatuh. 

Menurut ibu saudara mangsa, Ina, pemandu Perodua Myvi terbabit telah melarikan diri, meninggalkan mangsa dalam keadaan kesakitan. 

Pemandu Perodua Myvi yang didakwa melanggar mangsa berusia 4-5 tahun di Shell Kampung Awah, Maran, Pahang petang tadi | Foto Ina Rockers
Mangsa dihantar ke hospital dan imbasan x-ray mendapati mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius dan hanya mengalami bengkak di sebelah tangan kiri. 


Posted by Ina Rockers on Monday, 9 January 2017

Ekoran kejadian itu, keluarga mangsa membuat laporan polis dan memuat naik video kejadian yang diperolehi dari kamera litar tertutup (CCTV) stesen minyak tersebut, di media sosial. Malah menurut Ina, bapa mangsa juga difahamkan mahu mengambil tindakan undang-undang. - The Reporter
from The Reporter http://ift.tt/2i91W6x via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close