loading...

Jangan berani memiliki kereta kalau tak tahu 31 perkara penting ini terutamanya no 23

Berapa ramai di antara kita yang hanya tahu membeli kereta namun tidak mahir memahami atau menguasai ilmu asas mengenai kereta sendiri? Seringkali kita lihat, bila berlakunya insiden seperti tayar pecah atau pancit, mangsa tidak tahu menukar tayar kereta sendiri. Malah ada juga golongan lelaki yang tidak pandai menukar tayar kereta sendiri. 

Bagaimanapun jika berlaku beberapa masalah yang lain? Langkah-langkah menjaga kenderaan dengan baik, tahukah kita semua? Baca 31 tips dari lelaki ini, moga memberi manfaat kepada anda semua. 


Oleh Apengg Impian

Jangan berani memiliki kereta sendiri kalau tidak tahu perkara-perkara penting ini. Kalau ada yang tertinggal, tolong tambahkan agar kita semua dapat berkongsi ilmu sesama kita semua.

  1. Minyak hitam - Mengikut paras had dan jenis minyak
  2. Oil filter - Tukar semasa menukar minyak hitam
  3. Spark plug - Tukar setiap 30,000 kilometer
  4. Bateri - Tambah air setiap kali servis
  5. Belting - Tukar setiap 80,000 kilometer. Tak perlu tukar water pump jika tiada masalah bearing kasar atau bocor. Jimat duit, jimat belanja. Kita kan orang susah
  6. Clutch plate - Mengikut keadaan
  7. Fuel filter - Tukar setiap 30,000 kilometer
  8. Air filter - Tukar setiap 30,000 kilometer
  9. Gear oil - Tukar setiap 20,000 kilometer
  10. Brake fluid - Mengikut keadaan
  11. Brake pad - Mengikut keadaan
  12. Power steering fluid
  13. Radiotr coolant - Tukar setiap 40,000 kilometer
  14. Wiper - Tukar setiap 30,000 kilometer
  15. Air conditioner - Servis filter dan suis dibuka 1/2
  16. Tyre - Pam pada setiap bulan
  17. Radio - Memastikan ditutup pada setiap enjin dimatikan
  18. Radiator - Pastikan dibersih menggunakan air paip
  19. Fan radiator + aircond - Pastikan kipas hidup bila temp 1/2
  20. Lamp bulb - Periksa lampu setiap hujung minggu
  21. Steering alignment - servis setiap 20,000 kilometer
  22. Power window - Check setiap suis power window
  23. Beli kereta mahal-mahal kalau membelok tak reti bagi signal, sila pergi meninggal
  24. Angin spare tyre dan spanar buka tayar serta jack pastikan sentiasa ada
  25. Kalau park kereta di tengah panas, pastikan lubang angin aircond itu menggunakan udara luar agar haba panas dalam kereta mudah bebas
  26. Untuk kereta-kereta injection, pastikan minyak petrol sentiasa cukup. Jangan sampai lampu warning sudah menyala baru nak topup minyak. Fuel pump mudah rosak jika diamalkan begitu
  27. Sentiasa rajin check fan belt dan pastikannya berada dalam keadaan baik
  28. Untuk pengguna kereta auto, pastikan enjin panas terlebih dahulu baru mulakan perjalanan. Bergerak waktu enjin sejuk punca utama gearbox auto mudah rosak
  29. Jangan main tambah minyak hitam jika enjin sudah mempunyai penyakit makan minyak hitam
  30. Untuk enjin jenis yang guna kaburator, pastikan pump padel minyak sekali sahaja sebelum enjin dihidupkan agar senang hidup. Jenis enjin yang menggunakan kaburator memang susah sikit nak hidupkan enjin. Nak senang hidupkan enjin, pump padel minyak sekali sahaja sebelum hidupkan enjin. Kebaikannya, starter motor tahan lama. Enjin yang susah hiduplah punca starter cepat rosak
  31. Mencegah lebih baik dari merawat. Setiap kali masuk bengkel untuk servis, minta tolong abang-abang pomen periksa kereta anda dari A to Z agar anda mudah tahu kalau ada masalah lain yang timbul atau perlu ditukar. 
from The Reporter http://ift.tt/2kteQgI via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close