loading...

Jom, Buat Sendiri Mainan Anak. Jimat Pun Jimat!

Ketika melintasi kawasan permainan anak-anak di pasar raya besar, pasti ramai ibu bapa yang mengeluh. Mahal sekali harga satu pek permainan ‘masak-masak’ buat anak kecil. Itu tak masuk harga patung-patung kecil yang boleh dicantum atau bertukar rupa.

Lebih parah bila anak di sebelah merengek mahukan juga permainan comel yang harganya tak kurang dari RM15. Tidak dibelikan, bimbang anak merentan kebisingan. Pasti ibu atau ayah malu bukan? Hendak tak hendak, terpaksalah ibu ayah membelinya.

Walhal jika ibu dan ayah kreatif, tak perlu pun sampai beli barang permainan anak yang mahal harganya. Cukuplah dengan menciptanya sendiri di rumah. Kata kuncinya adalah kreatif. Jadilah ibu bapa yang kreatif agar anak-anak turut mengikut jejak langkah anda. Secara tak langsung, permainan sebegini boleh merangsang minda anak berimaginasi dan berkreatif sama.

Kali ini Mingguan Wanita kongsikan .... permainan mudah yang boleh anda hasilkan sendiri di rumah dengan bahan-bahan yang ada di dapur mahupun persekitaran rumah anda saja.

Playdoh dari tepung

Permainan ini mendidik anak berimaginasi. Ia lebih selamat kerana tidak mengandungi bahan kimia. Jika ditelan anak pun ibu tak perlu bimbang.

Cara membuat playdoh alami:

½ kg tepung gandum

250 gram garam

200 ml air suam

Pewarna

1 sudu minyak masak

1. Masukkan tepung dan garam dalam bekas. Adun hingga rata.

2. Tuangkan beberapa titis pewarna dalam air suam. Ratakan.

3. Masukkan air suam berwarna tadi ke dalam bekas tepung sehingga rata. Masukkan sedikit minyak dan uli sampai rata licin.

Setelah siap bolehlah berikan pada si kecil dan hasilkan bermacam-macam bentuk permainan dengan doh yang telah siap. Boleh juga bahagikan tepung dengan warna-warna pelbagai.

Kotak serba guna

Setiap kali ibu ayah selesai membeli barangan elektrik, kotak pembungkus jangan dibuang. Ada nilai yang besar untuk si kecil. Ibu boleh kumpulkan dan jadikan permainan menarik buat mereka. Jika kreatif, ibu boleh jadikan set dapur mahupun set kamar tidur si kecil. Sebenarnya ibu boleh melihat panduan membuat di Internet.

Straw

Setiap kali minum di kedai, tak salah jika ibu ambil straw dan kumpul dalam kuantiti yang banyak. Jika ada acara atau majlis di rumah, lebihan straw sebaiknya disimpan. Straw yang telah terkumpul dengan banyak bolehlah dijadikan kiub besar berbentuk unik. Jika kreatif anda boleh bentukkan rumah mini buat si kecil.

Batang aiskrim

Anak-anak sememangnya gemar menikmati aiskrim batang yang menyegarkan. Jangan dibuang batang aiskrim kerana ia boleh jadi permainan yang menarik. Anda boleh warnakan batang aiskrim dan tuliskan perkataan yang mahu anak-anak belajar. Boleh juga lukis gambar bendera mana-mana negara. Dengan ini pengetahuan anak bertambah.
 

Baca di website

from info psikologi http://ift.tt/2kN4nQK via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close