Mohamad Addaar Quthni b. Rashidi, 5 bulan lebih adalah anak ke 7 hasil perkongsian Zuraini Zainudin, 40 tahun dan Rashidi Khalid, 42 tahun telah disahkan oleh doktor mengalami penyakit Billiary Atnesia. Lebih menyedihkan apabila doktor turut memberitahu Addaar tidak mempunyai hempedu.
“Hati anak saya memang akan rosak tetapi kerosakan itu bergantung pada diri Addaar dan sekiranya hatinya rosak, maka pemindahan hati perlu dilakukan di Hospital Rejing, China dengan kos RM160K..."
Sepanjang berada di hospital ini, kesedihan sudah tentu akan menerpa dalam naluri seorang ibu. Bukan sahaja memikirkan tentang kesihatan Addaar tetapi juga keselamatan anaknya yang di tinggalkan di rumah bersama suaminya. Baik persekolahan, makan dan pakai mereka. Doanya, anak-anak di rumah dapat berdikari dan memahami tentang masalah ini.
Zuraini dan suami yang dikurniakan 7 orang anak, 6 orang lelaki dan seorang perempuan yang berusia antara 13 tahun, 11 tahun, 6 tahun, pasangan kembar 4 tahun dan Addaar. Dua orang anaknya yang berusia 4 dan 6 tahun dibawa sama ke hospital, manakala yang kembar dijaga sementara oleh ibunya. Dua lagi anaknya berdikari menguruskan diri masing-masing di rumah.
Dengan keadaan kos hidup yang tinggi, perbelanjaan anak dan rawatan untuk Addaar, sudah tentu tidak mencukupi dengan dirinya yang tidak bekerja dan mengharapkan pendapatan suaminya yang bekerja di Majlis Pembandaran Seberang Prai sebagai tukang sapu.
“Pendapatan suami hanyalah sebanyak RM1300 sudah tentu tidak mencukupi. Untuk perbelanjaan rawatan, susu, lampin pakai buang Addaar sudah mencecah RM600 sebulan. Ini belum termasuk perbelanjaan anak-anak yang lain dan kos ulang-alik ke hospital.
“Mujurlah kami mendapat bantuan zakat sebanyak RM300 sebulan, bantuan makanan dan rumah mesra rakyat, dapatlah meringankan beban perbelanjaan...”
Jauh di sudut hatinya dan suami juga sangat mengharapkan agar keputusan pembedahan kasai yang akan diperoleh tidak lama lagi akan memberi khabar gembira buat pasangan ini. Jika tidak, pembedahan hati di luar negara dengan kos yang banyak diperlukan demi melihat anaknya kembali sembuh.
“Harapan saya agar pembedahan kasai ini berjaya dan sudah tentu saya sedih jika ia gagal. Saya nak tengok anak saya sihat macam bayi-bayi yang lain dan mampu bermain, gelak tawa bersama abang-abang dan kakaknya,” doanya.
MOHON BANTUAN
Kepada orang ramai yang ingin membantu keluarga ini, boleh menyalurkan bantuan ke akaun
Bank Islam: 07052020340719 ZURAINI ZAINUDIN
from Peristiwa http://ift.tt/2lJBgLQ via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment