loading...

Sakit Kaki Semasa Hamil. Anda Boleh Cuba Cara Ini Di Rumah!

Ramai bersungut tentang masalah keletihan kaki, terutamanya yang terlibat dalam rutin kerja yang terpaksa berdiri untuk jangka masa panjang. Untuk itu, ketahui cara yang boleh dilakukan bagi menangani masalah ini sama ada dengan melakukan sendiri.

Rehat dan angkat kaki 
Salah satu punca kesakitan kaki adalah disebabkan ia telah mengalami pembengkakan. Jadi perkara terbaik adalah dengan menaikkan sedikit kaki ketika anda sedang dalam posisi duduk, untuk memperbetulkan aliran darah. Membuka sarung kaki juga membantu menyamankan kaki. Gunakan bantal untuk meninggikan paras kaki selari dengan paras jantung. Lakukannya ketika anda berbaring di atas sofa. Namun, elakkan menyilangkan kaki agar tidak mengganggu perjalanan darah.

Rendaman garam Epsom
Merendam kaki anda dalam garam Epsom akan membantu mengurangkan bengkak dan kesakitan pada kaki terutamanya jika ia disebabkan oleh tekanan pada otot. Garam Epsom yang mempunyai kandungan mineral semula jadi terdiri daripada magnesium dan sulfat yang mudah diserap oleh kulit.  Magnesium terkenal sebagai mampu mengurangkan radang, merehatkan saraf, melegakan sakit dan otot, mengawal aktiviti enzim dan mencegah pengerasan arteri. Manakala sulfat pula membantu meningkatkan nutrien dan nyah toksin. Jangan rendam dalam air yang terlalu panas dan elakkan merendam lebih daripada 30 minit kerana air garam akan menarik bendalir dari dalam tubuh anda. Susuli dengan rendamkan kaki dalam air ais dalam 15 minit sehingga kaki anda berasa kebas, kemudian keringkan kaki dengan sempurna.

Urutan penggelek kayu
Alangkah leganya mengurut tapak kaki dengan penggelek kayu untuk membantu mengurangkan rasa sakit dan keletihan yang dirasai. Penggelek yang diperbuat daripada kayu adalah lebih berkesan berbanding mengurut menggunakan penggelek daripada material plastik, besi atau kaca.  Letakkan penggelek di atas lantai, posisikan tapak kaki anda di atasnya.  Kemudian gelekkan kaki anda ke depan dan belakang di atas penggelek kayu tersebut selama lima ke 10 minit dan ulang langkah tersebut sehingga anda berasa lega.

Urutan kaki dan tapak kaki
Jika masih lagi terasa sakit, anda boleh dapatkan bantuan individu terlatih seperti juru terapi bagi membantu meredakan kesakitan, mengurangkan kerengsaan dan muscle tension dan menggalakkan aliran darah. Minum air yang banyak sebelum sesi terapi, diikuti dengan sesi urutan bagi membantu menyingkirkan toksin.

Guna kasut ventilasi
Kasut yang berat dan tidak mempunyai pengudaraan yang sempurna akan menyebabkan kaki anda kepenatan dan melecet. Sebaik-baiknya, gunakan kasut yang stabil, ringan yang sesuai dengan kerjaya, atau jenis aktiviti yang anda lakukan. Seelok-eloknya elakkan memilih kasut yang mempunyai tumit melebihi ½ inci . Ini kerana kasut tumit tinggi akan menyebabkan masalah patologi kaki seperti masalah bunion.

Layari laman web

Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close