loading...

Tekanan Darah Tinggi Ketika Kehamilan. Jangan Ambil Mudah Kerana Ia Boleh Bahayakan Nyawa Ibu dan Anak!

 

Sedang mengalami tekanan darah tinggi atau lebih dikenali sebagai hipertensi ketika kehamilan?  Ambil langkah berjaga-jaga dan kawal tahap kesihatan anda.  Hal ini kerana, tekanan darah tinggi yang tidak terkawal boleh menjejaskan nawa ibu dan juga bayi di dalam kandungan.   

 

Hipertensi dalam kehamilan berlaku apabila darah yang dipam oleh jantung mengalami peningkatan tekanan, hal ini dapat membuat adanya tekanan dan merosak dinding arteri di pembuluh darah.  Seseorang dikatakan mengalami tekanan darah tinggi jika tekanan darahnya di atas 140/90 mmHG (bererti 140 mmHG tekanan sistolik dan 90 mmHG tekanan diastolik).

 

Ada wanita yang mengalami tekanan darah tinggi sebelum hamil (sedia ada) dan ia semakin serius ketika hamil.  Biasanya, pemantauan khusus akan diberikan apabila mereka mula memasuki trimester kedua.  Selain itu, ada pula wanita yang mengalaminya ketika hamil (akibat mengandung).  Ia boleh berlaku selepas kehamilan berusia 20 minggu dan hilang sebaik sahaja melahirkan.

 

Hipertensi sedia ada berlaku di antara satu hingga lima peratus wanita hamil, manakala hipertensi akibat mengandung berlaku di antara lima hingga 10 peratus wanita hamil.  Peratusan ini mungkin lebih tinggi di kalangan penduduk Asia oleh sebab faktor genetik.  Hipertensi semasa mengandung lebih kerap berlaku terutama semasa kandungan pertama.

 

Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal akan menyebabkan keadaan yang lebih teruk yang lebih dikenali sebagai pre-eclampsia (PE).  Bagi ibu hamil yang telah didiagnoskan menghidap PE, ia bukan sahaja menghidap hipertensi tetapi turut memberi kesan terhadap buah pinggang, otak dan organ penting di dalam tubuh.

 

Justeru, ujian air kencing yang perlu dijalani oleh ibu hamil amat penting.  Hal ini kerana ia membantu untuk mengesan kerosakan buah pinggang sejak peringkat awal.  Kandungan protein yang tinggi di dalam air kencing menandakan kemungkinan ibu hamil tersebut sudah menghidap PE.  Semakin tinggi kandungan protein tersebut, semakin teruk keadaan kesihatannya.

 

PE yang tidak dirawat dan dikawal dengan segera boleh menyebabkan keadaan menjadi serius.  Ibu hamil dengan PE yang teruk berisiko untuk terkena sawan, dan keadaan ini dikenali sebagai eclampsia.  Risiko eclampsia lebih mudarat di mana ibu dan bayi dalam kandungan berisiko untuk meninggal dunia ketika atau selepas melahirkan.

 

Punca Hipertensi Ketika Hamil

  • Kehamilan pertama pada wanita berusia 35 tahun ke atas.
  • Mempunyai sejarah penyakit darah tinggi sebelum kehamilan, atau pernah didiagnos mengalami PE (pre-eclampsia) ketika kehamilan sebelumnya.
  • Wanita yang menghidap migrain.
  • Mempunyai sejarah ahli keluarga terdekat yang mengalami PE ketika hamil.
  • Memiliki fizikal terlalu kurus atau terlalu rendah
  • Wanita yang hamil kembar

Layari laman web

from Kehamilan http://ift.tt/2mjLvuU via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close