Setiap kali hujung bulan je ramai yang pening kepala dek kerana bil elektrik yang tinggi melambung.
Paling seksa kalau yang tinggal rumah sewa ramai-ramai tapi anda bukan jenis yang duduk rumah 24 jam.
Cuba perhatikan cara korang gunakan elektrik dirumah. Sebab itulah bila elektrik tinggi.
1. Tetapkan mesin basuh pada mod “cold wash” ketika membasuh pakaian. Jika tidak mesin basuh memerlukan lebih banyak tenaga untuk panaskan air.
2. Pastikan susunan barang di dalam peti ais teratur dan tersusun dengan rapi. Ia melancarkan pergerakan udara di dalam peti ais dan jimatkan elektrik. Jangan main sumbat je barang.
3. Jika anda guna cerek elektrik, pastikan cerek diisi penuh dengan air. Jangan asyik masak sikit-sikit je.
4. Gunakan mentol lampu yang menjimatkan elektrik. Jimat pun jimat dan paling penting mentol jenis ni tahan lama tau.
5. Penempatan peti sejuk pun mempengaruhi fungsinya sama ada ia memerlukan elektrik yang banyak atau pun tidak untuk beroperasi. Jarakkan sedikit air anda daripada dinding sekurang-kurangnya 10cm.
Ini bertujuan untuk melancarkan pengaliran udara peti ais dan dalam masa yang sama, elak peti ais daripada terdedah dengan cahaya matahari kerana perlukan banyak tenaga untuk menyejukkan peti tersebut.
5. Matikan suis komputer/komputer riba/pengecaj telefon bimbit jika tidak digunakan. Jangan biarkan ia terus menerus menyalurkan elektrik.
6. Tetapkan suhu aircond kepada 23–25 darjah celcius untuk mendapatkan kesejukan optimum. Jika terlalu rendah, lebih banyak tenaga yang diperlukan untuk menyejukan ruangan kamar tersebut.
7. Gosok pakaian dalam kuantiti pukal. Gosok sekali banyak supaya anda tak perlu menghidupkan seterika banyak kali.
from HANASUVA http://ift.tt/2offhRr via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment