7 Perkara Anda Perlu Lakukan Jika Diberhentikan Kerja! Plan No 7 Adalah Paling PENTING !!
Kalau ikutkan memang tak pernah terfikir jika kita akan kehilangan pekerjaan atau bakal dipecat suatu hari nanti.
Walaupun anda diberhentikan kerja, jangan jadikan ia pengakhiran hidup atau sampai nak bunuh diri.
Jika anda mengalami situasi seperti ini, lakukan 7 perkara penting ini sebelum berniat untuk buat benda bukan-bukan!
1. Terima Dengan Redha
Apabila majikan telah membuat keputusan, terima sahaja keputusan tersebut dan segera kumpulkan semula semangat untuk mulakan perancangan hidup yang baru.2. Maafkan Diri
Bila dipecat pasti anda akan salahkan diri sendiri. Menyesal sebab tak mampu berikan yang terbaik.Lupakan semuanya! Fikir cara untuk menebus kembali maruah diri.3. Rilek & Enjoy
Bila terima je surat berhenti kerja memang rasa dunia nak kiamat. Berhenti dari fikirkan masalah tersebut. Pergi bercuti dan anggap anda dapat ‘cuti bonus’!4. Tinjau & Selidik
Ambil masa untuk meninjau dan mengumpul maklumat tentang bidang pekerjaan pilihan anda. Ia membantu anda mencari pekerjaan yang sama atau lebih baik dari sebelumnya.5. Tingkatkan Nilai Diri
Sebelum mula cari kerja baru, pastikan anda tingkatkan nilai diri anda. Pastikan anda lebih berkeyakinan. Jika perlu beli pakaian baru jangan bimbang, pergorbanan wang ringgit anda itu berbaloi.6. Muhasabah Diri
Cuba nilai semula diri anda. Kerja yang macam-mana menjadi impian anda. Bila dah dapat jawapan, mula cari pekerjaan yang sesuai. Jangan berlengah-lengah!7. Back Up Plan
Setiap rancangkan perlu ada plan B dan berani ambil risiko. Yang penting belajar dari kesilapan lalu dan sentiasa sedar kelebihan diri anda.Sumber: Karangkraf
Blogger Comment
Facebook Comment