Selalunya bila dapat berita ada ahli keluarga atau rakan yang sakit, ramai yang pandang remeh temeh ADAB MENZIARAH. Dan agak ramai juga yang suka buat beberapa kesalahan ini tanpa sedar. Nak tahu apa yang patut anda betulkan dari sudut melawat orang sakit, baca nota ini...
1. Beritahu nak datang, jangan main terjah
Situasi ini lebih kurang sama macam adab nak pergi rumah orang. Maklumkanlah terlebih dahulu sebelum menziarah kerana anda tidak tahu bagaimana jadualnya di hospital ataupun adakah dia perlukan sedikit masa untuk berehat tanpa kehadiran pelawat.
Kalau pesakit terlantar di rumah pun sama. Harap maklumkan dulu kerana pasangan atau ahli keluarga yang menjaga pesakit itu juga punya life tersendiri. Fahami bahawa si penjaga itu juga perlu rehat atau keluar sebentar untuk menguruskan hal peribadi.
2. Jangan datang pada waktu orang rumah nak rehat
Elakkan menziarah pada waktu makan dan waktu berehat seperti tengah hari dan malam. Memanglah anda datang seorang diri atau berdua, tapi bukan anda saja yang datang melawat. Cuba bayangkan kalau ada 10-15 kali orang datang melawat tanpa henti, bilakah masa si pesakit dan penjaga nak berehat?
3. Sila silent phone
Ini sering terjadi di wad dengan penghuni yang ramai. Pesakit katil no. 1 tak ada pelawat, dia baru nak lelap tapi tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi nada dering lagu Aiman Tino versi disko dangdut oleh pelawat di katil sebelah. Tak ke ini satu gangguan?
Sama juga ketika anda menziarahi seorang ibu yang baru lepas melahirkan. Bayi suka tidur, jadi janganlah kejutkan si comel dengan nada deringan telefon anda. Bukan senang nak tidurkan bayi, ya! Silap-silap anak kecil boleh meragam sebab gangguan.
4. Tak pelulah buat rombongan 'Cik Kiah'
Kalau boleh elakkanlah datang beramai-ramai memenuhi segenap ruang sampai pesakit rasa sesak nafas. Apatah lagi kalau pesakit berada di wad kelas ketiga hospital kerajaan yang sedikit sempit ruangnya. Kalau anda datang secara berjemaah, lepas itu duduk sembang di sekeliling katil... mestilah pesakit lain terganggu. Cuba buat sistem giliran masuk melawat. Anda bukan hanya perlu hormati pesakit yang anda nak lawat, malah anda perlu juga hormati para doktor, nurse dan semua pesakit lain di situ.
Kalau anda datang melawat pesakit di rumah secara berjemaah, mohon bantu untuk menyediakan juadah dan mencuci pinggan mangkuk setelah menghidangkan air/kuih untuk anda. Jangan datang sedap duduk makan, minum, gelak-gelak pastu balik.
5. Jangan duduk lama-lama berbual kosong
Kalau setakat datang nak borak kosong gosip artis, lebih elok anda balik melainkan orang yang anda ziarahi tu duduk di wad single patient dan mempunyai sakit yang tidak begitu kronik.
Kalau pesakit duduk di bilik multiple occupancy, mohon hormati pesakit lain dalam bilik yang sama. Wad hospital bukanlah tempat yang sesuai untuk sesi catch up bersama keluarga atau rakan-rakan. Pesakit pula memerlukan rehat yang secukupnya.
6. Bawa buah tangan yang sesuai
Haaa... jangan sesekali pergi tangan kosong ya. Tanya dulu apa yang pesakit boleh makan dan bawalah makanan bersesuaian. Sebab tak semua pesakit boleh makan.
Ada juga jenis pelawat yang sanggup makan sendiri buah tangan yang dibawa. Yang ini dah kategori lain dah ni.... Lain macam.
7. Elakkan membawa anak kecil
Sebagai ibu bapa, anda lebih mengenali anak anda sama ada mereka jenis yang suka menjerit-jerit, bergaduh ataupun gemar berlari ke sana-sini. Kalau ada anak-anak yang begini, kalau boleh elakkan bawa bersama. Kesian kat pesakit.
8. Jangan duduk di katil sebelah yang tidak bertuan
Sebagai pelawat, tolonglah jangan jadi selfish dengan menambah beban kerja jururawat ya. Elok-elok katil dah kemas, tetiba anda duduk. Habislah... lagi teruk kalau bawa anak kecil dan makan tumpah atas katil yang konon tak ada tuan tadi. Ini yang jadi tambah kerja nurse. Sila beringat!
9. Tak payah cerita pengalaman yang menakutkan pesakit
Ini boleh mematahkan semangat pesakit dan membuatkan mereka merasa sedih. Ceritalah perkara yang positif dan boleh membantu pesakit secara mental agar mereka terus tabah.
10. Jangan guna tandas pesakit
Andai kata anda melawat wad yang ramai penghuni tapi tandas cuma ada satu atau dua sahaja, silalah keluar sebentar dan cari tandas lain yang dikhaskan untuk orang awam.
Kita tak tahu pesakit di situ tiba-tiba nak muntah ke, nak tercirit ke ataupun tak tahan nak buang air kecil. Kalau pelawat ramai-ramai datang memenuhi tandas, pesakit-pesakit ni nak lari cari tandas di mana? Mohon bertimbang rasa
APA YANG PERLU BUAT
Doakan & Berikan Kata Semangat
Ucapkan kata-kata yang baik dan beri motivasi agar pesakit cepat sembuh.
Haaa... sekarang anda dah tahu adab melawat orang sakit, jangan buat perangai yang disebut tadi, ya!
from info psikologi http://ift.tt/2oFQKpm via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment