"Keadaannya Masih Lemah, Penyakit Itu Bahaya.." - Syukri Yahya Dedah Keadaan Terkini Isterinya
Pelakon Syukri Yahya memberitahu keadaan isterinya Tya Adnan kini masih lagi dalam keadaan yang lemah.
Semangat isterinya hilang dan memerlukan pemerhatian dan penjagaan rapi daripada ahli keluarga.
Syukri berkata, kejadian ini merupakan kali pertama dia berhadapan situsi cemas dan bimbang dengan keadaanisterinya
Ini komen Syukri Yahya:
MASIH LEMAH
"Alhamdulillah, dia sudah dibenarkan pulang empat hari lalu selepas lapan hari berada di hospital kerana jangkitan kencing tikus.
"Tapi keadaan dia masih lemah dan hilang semangat, nasib baik keluarga kami dekat dan ibu banyak membantu menjaga isteri dan anak saya,"
MULA HANYA DEMAM
"Pada awalnya dia mengalami demam selama 10 hari dan kami sudah pergi empat buah klinik tapi tetap tidak baik, jadi saya bawa dia ke hospital pula.
"Selepas itu doktor mengesahkan dia terkena jangkitan kencing tikus. Perasaan saya cukup bimbang kerana penyakit itu bahaya dan boleh membawa maut,"
TAK PASTI PUNCA
"Saya tidak tahu punca daripada mana (jangkitan) kerana Tya jarang keluar rumah, kami selalu makan di gerai-gerai tapi yang pelik kenapa pula dia seorang sahaja yang terkena kerana saya juga makan apa yang dia makan,"
Tya Adnan telahpun dibenarkan pulang ke rumah empat hari lalu selepas dijangkiti virus leptospirosis atau kencing tikus pada 28 Mac lalu.
Untuk pengetahuan, Syukri Yahya berkahwin dengan Tya pada 20 November 2015 dan dikurniakan seorang puteri bernama Aaira Ameena yang kini berumur 7 bulan.
from Berita Memey http://ift.tt/2oZOYiN via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment