***Post ini tidak merujuk kepada semua penjual air Reverse Osmosis(RO)
Mesti ramai daripada anda semua pernah berjumpa dengan penjual mesin air jenis Reverse Osmosis(RO). Dan mesti anda pernah juga melihat mereka melakukan demo dihadapan anda untuk menunjukkan beza diantara air biasa dan juga air Reverse Osmosis daripada mesin mereka.
Perbezaan air yang digunakan apabila telah menjalani demo yang dibuat oleh penjual air RO. Nampak disitu air RO masih kelihatan bersih. Tetapi kami ada penjelasannya.
Ada beberapa cara ataupun pertunjukkan yang mereka ingin tonjolkan kepada anda agar anda percaya bahawa air Reverse Osmosis benar-benar lebih bagus daripada air yang lain.
Sebelum itu ingin saya memberi tahu bahawa air reverse osmosis adalah air yang benar-benar tulen. Bermaksud tiadanya molekul ataupun ion lain yang terdapat di dalam air tersebut. Air ini terhasil drpd satu proses yang dinamakan sebagai reverse osmosis.
Dimana air paip akan melalui satu lapisan membrane yang separa telap(semi permeable) yang hanya akan memberi laluan kepada molekul air sahaja. Ion ataupun molekul yang lebih besar drpd air akan tersekat pada membrane tersebut. Hasilnya adalah air yang benar-benar tulen dan tidak akan ada sebarang molekul ataupun kompoun lain di dalam cecair tersebut kecuali air. Iaitu hydrogen oxide
Saya masih ingat lagi 2 kaedah yang mereka gunakan untuk meyakinkan pelanggan bahawa air RO bagus. Kedua-dua kaedah ini menggunakan reaksi kimia agar perubahan dapat dihasilkan pada air
1) Menggunakan larutan Potassium Iodide
Penjual akan menunjukkan dua jenis air iaitu satu air paip dan satu lagi air RO. Selepas itu dia akan titiskan cecair jernih daripada satu botol kecil ke dalam kedua-dua bekas tersebut.
Bekas yang mempunyai air RO tidak berlaku sebarang perubahan apabila cecair drpd botol kecil itu dititiskan. Manakala bekas yang mempunyai air paip pula warnanya akan berubah kepada warna kuning keperangan.
Selepas itu, penjual itu akan menyatakan warna kuning keperangan inilah kekotoran yang berada di dalam air tersebut. Inilah yang akan mendatangkan penyakit ke atas badan.
Berlainan pula dengan air RO yang tiada sebarang perubahan langsung. Air ini sangat bersih dan bagus untuk kesihatan tambah penjual mesin RO
Penjelasan kami:Bila keadaan ini berlaku dihadapan mata saya, saya seolah-olah macam tak percaya. Tapi saya ingat balik ape yang cikgu-cikgu sekolah saya ajarkan. Segala ilmu kimia tidak boleh dibazirkan begitu sahaja. Jadual berkala unsur, kumpulan halogen yang berada di dalam jadual tersebut dan juga bab electronegativity semuanya menancap masuk ke dalam otak.
Maka teringat saya satu kompound yang boleh bertindak balas dengan chlorine di dalam air paip. Ianya dipanggil sebagai potassium iodide. Terus saya ambil botol kecil tersebut drpd penjual itu dan melihat pada kandungannya. Benar telahan saya, ianya potassium iodide.
Disebabkan chlorine merupakan unsur yangg terletak lebih atas dalam jadual berkala unsur, maka kekuatan electronegativity nya(kekuatan menarik elektron) lebih kuat berbanding unsur iodine(ataupun ion iodide dalam kes ini). Maka, ion iodide akan mendermakan elektronnya kepada atom chlorine menukarkan Ion iodide kepada unsur iodine yang berwarna kuning keperangan.
Disebabkan reaksi ini, iodine akan terhasil dan akan mewarnakan air paip itu kepada warna perang. Ujian ini hanya menunjukkan bahawa wujudnya chlorine dalam air paip itu. Bukan pula menunjukkan air paip itu kotor, tidak elok dan sebagainya. Chlorine yang digunakan dalam air paip juga telah diletakkan pada tahap paling minimum yang sesuai utk setiap manusia. Ia digunakan untuk membunuh majoriti bakteria dalam air paip yang selalu kita minum.
Apabila larutan potassium iodide dimasukkan ke dalam air paip yang mempunyai chlorine, ia akan menyebabkan pertukaran warna daripada lutsinar kepada warna kuning. Ini kerana ion iodide akan dioksidakan kerana elektron daripada ion iodide diberikan kepada chlorine. Maka, akan terhasillah unsur iodine yang berwarna kuning.
2) Menggunakan Proses elektrolisis
Penjual akan memasukkan 2 Rod besi ke dalam air paip dan juga 2 rod besi ke dalam air RO. Keempat-empat rod ini akan bersambungan dengan punca elektrik.
Ketika arus elektrik dibuka kelihatan tiada reaksi yang berlaku di dalam air RO. Manakala pada rod besi dalam air paip pula berlakunya tindak balas kimia yang dicetuskan oleh arus elektrik itu. Rod besi yang mewakili cathode akan menghasilkan gas dan yang mewakili anode pula seolah-olah mengeluarkan bendasing berwarna kuning keperangan.
Setelah dibiarkan beberapa minit, keseluruhan air paip itu akan bertukar menjadi warna perang pekat dan penjual mesin RO akan mengatakan inilah bukti bahawa air paip mempunyai banyak benda yang kotor di dalamnya. Malah mereka juga menggunakan air mineral dan mendapati keputusan yang sama. Iaitu air akan menjadi kotor.
Penjelasan kami: Tindak balas ini sebenarnya dinamakan sebagai elektrolisis. Ia boleh berlaku dalam air paip ataupun air mineral disebabkan kehadiran garam mineral(ion) yang boleh mengalirkan arus elektrik dengan baik. Berbanding dengan air RO, ia tidak boleh mengalirkan arus elektrik kerana ketiadaan garam mineral ini. Ini menyebabkan tiada tindak balas kimia yang berlaku dalam air RO
Ketika mana arus elektrik dialirkan dalam air paip, maka besi pada rod anode akan dioksidakan menjadi Ferum 3+ yang berwana coklat keperangan. Oleh sebab itu, ianya akan menukarkan air paip itu menjadi warna perang apabila dibiarkan lama.
Proses ini bukanlah menunjukkan air paip ataupun air mineral itu kotor. Ia hanya menunjukkan kehadiran mineral dalam air tersebut yang membenarkan arus elektrik berjalan dan tindak balas kimia boleh berlaku. Ia langsung tidak menunjukkan air tersebut kotor.
Mesin Elektrolisis yang selalu digunakan oleh penjual mesin air RO.
Kesimpulan kami, cara2 demo seperti ini hanya memberi salah faham terhadap tindak balas kimia yang berlaku. Apa2 yang dikatakan oleh penjual air RO tersebut langsung tiada kaitan dgn reaksi kimia itu. Mereka hanya menggunakan sains untuk menarik pelanggan untuk membeli mesin mereka.
Diharap semua tidak tertipu lagi dengan demo-demo seperti ini
Sekian.
Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, bolehlah like page kami Root Of Science
from Root of Science http://ift.tt/2o2sdqX via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment