loading...

(VIDEO) Lelaki Ini Diberi Keizinan Memasuki Makam Rasulullah SAW, Inilah Apa Yg Dilihat Sgt MENGEJUTKAN !!!

(VIDEO) Lelaki Ini Diberi Keizinan Memasuki Makam Rasulullah SAW, Inilah Apa Yg Dilihat Sgt MENGEJUTKAN !!!

 

 

 Jarang sekali kita mendengar cerita daripada mana-mana pihak yang masuk ke dalam ruang makam Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi, di sini.

 

 

 

Walaupun tidak banyak yang diceritakan, seorang syeikh mendedahkan kisahnya yang masuk ke ruang makam baginda Rasulullah SAW atau ‘hujra’, ketika zaman pemerintahan Raja Faizal bin Abdul Aziz (1964 hingga 1975).
Sheikh Aaeed Ben Omar al Rouis berkata, beliau mengiringi Raja Faisal memasuki ruang makam itu dan mendapati terdapat dua kotak yang diperbuat daripada besi serta berkunci dan beliau tidak mengetahui apa yang ada di dalamnya.
Menerusi video yang dimuatnaik dalam YouTube, beliau berkata, Raja Faisal memerintahkan sebuah jawatankuasa dibentuk untuk menghitung barang dan peralatan yang ada di dalam makam itu, termasuk dua kotak berkenaan.
“Jawatankuasa itu dianggotai oleh Kementerian Hal Ehwal Islam dan Wakaf, Kementerian Kewangan dan Biro Audit.
“Saya mewakili Kementerian Kewangan. Kami diarah memasuki ruang makam selepas solat Isyak. Kami mengkatalog kandungan di dalam ruang itu bersama pakar barang kemas serta menggunakan rekod sejarah bagi mengenal pasti barang-barang yang ada.
“Kotak pertama diperiksa dan kami menemui emas dan barang kemas. Di dalam kotak kedua kami menjumpai rantai perak. Kami juga menjumpai surat yang ada kaitan dengan Nabi Muhammad SAW,” katanya.
Katanya, pasukan itu melakukan tugas selama 15 hari dan mereka mencadangkan supaya barang kemas berkenaan disimpan di Muzium Madinah, yang diselia oleh Kementerian Kewangan, manakala surat berkenaan diserahkan kepada Kementerian Pelajaran Arab Saudi. – Agensi

sumber: http://www.ismaweb.net
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close