Biasanya bila isteri hendak bersalin, persoalan yang sering menjadi
'pertengkaran' antara suami dan isteri iaitu siapa yang akan menjaga
isteri semasa berpantang? Kebiasaannya dalam masyarakat kita, apabila
isteri bersalin sudah tentu dia mahu menjalani tempoh berpantang di
rumah ibunya sendiri atau ibu mentua. Alasannya sudah tentu suami
bekerja jadi tiada sesiapa hendak menjaga isteri.
Sebenarnya daripada sudut Islam, apakah hukumnya kalau suami menyerahkan tugas menjaga isteri berpantang kepada ibu di kampung?
Berikut adalah penjelasan Ustaz Rosli Mokhtar, Pensyarah Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa selangor (KUIS) berkenaan hal ini.
1. Amalan berpantang yang diamalkan oleh masyarakat kita adalah amalan adat dan bukan perkara keagamaan.
2. Dalam Islam, wanita yang bersalin dianggap mengalami nifas selagi mana dia masih melihat darah keluar semasa melahirkan bayi masih ada sehinggalah darah itu berhenti.
3. Sepanjang tempoh nifas, wanita digugurkan daripada tanggungjawab melakukan ibadat dan dilarang daripada disetubuhi suami.
4. Tiada had minima bagi tempoh nifas sementara tempoh maksimumnya ialah 40 hari. Apabila darah nifas sudah kering maka kewajipan melakukan ibadat dikenakan semula dan persetubuhan dibenarkan.
5. Istilah berpantang adalah adat masyarakat dan Islam tidak campur tangan dalam persoalan berpantang.
6. Tidak ditemui sebarang hadis atau dalam ayat al-Quran mengenai tanggungjawab suami menjaga isteri berpantang melainkan seorang wanita itu digugurkan tuntutan ibadat dan tanggungjawab melayan suami ke peringkat melakukan persetubuhan selagi darah nifas masih keluar. Apabila darah telah berhenti, tuntutan itu kembali semula.
7. Membantu isteri dalam menguruskan tanggungjawab keluarga adalah sesuatu yang dituntut oleh Islam sepanjang masa. Dalam keadaan isteri sakit atau lemah, tuntutan itu lebih dituntut lagi.
8. Suami digesa untuk bersifat toleransi pada isteri yang berpantang. Mereka tidak boleh memaksa isteri memasak dan membuat kerja-kerja rumah. Kepentingan isteri untuk menjaga kesihatan yang sempurna perlu diberikan perhatian.
9. Tanggungjawab suami turut berjaga malam membantu isteri yang berpantang bergantung kepada keadaan keluarga itu sendiri. Ada suami yang bekerja dan memerlukan rehat yang secukupnya dan ada pula yang mempunyai masa kerja yang fleksibel.
10. Suami dan isteri hendaklah menguruskan persoalan tersebut berdasarkan kemaslahatan keluarga dengan mencari jalan penyelesaian terbaik dan bukannya saling berbalah.
Sikap bertolak ansur dan saling memahami menjadi perkara penting menghindarkan daripada perkelahian suami isteri yang baru sahaja menerima cahaya mata. Sebaiknya masing-masing perlu saling menyokong antara satu sama lain.

Blogger Comment
Facebook Comment