Siapa yang tak nak jadi pekerja cemerlang? Boleh cepat naik pangkat dan cepat naik gaji. Dalam hati tu teringin nak pakai kereta mewah dan duduk rumah besar.
Tapi, bukan senang nak jadi pekerja cemerlang ni. Perlu ada kreditibiliti yang tiada pada rang lain.
Macam-mana nak tahu sama ada korang ni sebenarnya pekerja cemerlang atau tidak? Jom semak!
1. Mereka mahukan lebih
Mereka tidak mudah dan mahu lebih lagi. Mereka hanya akan berpuas hati bila mereka lakukan lebih daripada yang mereka jangkakan.
2. Mereka sering bertanyakan soalan
Mereka tidak boleh sekadar mengangguk dan terima bulat-bulat. Jika ada keraguan, mereka terus ajukan soalan. Sebenarnya sikap sebegini membenarkan mereka untuk pergi lebih jauh.
3. Mereka bersemangat tinggi
Mereka prihatin mengenai prestasi kerja mereka. Mereka ini lah pekerja contoh yang mana mata mereka akan bersinar-sinar apabila diberikan sesuatu tanggungjawab baru.
4. Mereka ini agak pelik sedikit
Contoh pekerja cemerlang, mereka ada sifat sedikit pelik. Ini yang buatkan mereka lain dan unik daripada orang lain. Sikap pelik sebegini menunjukkan yang mereka ini kreatif, dan berfikir jauh.
5. Suka membuktikan yang orang lain salah
Contoh pekerja cemerlang, mereka jenis bersemangat waja untuk jadi yang betul. Mereka akan buktikan orang itu salah. Mereka akan cari jalan dan buktikan idea mereka lebih bernas.
from HANASUVA http://ift.tt/2jT8c3r via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment