loading...

Motor ‘Kapcai’ Tidak Dibenarkan Masuk Kuala Lumpur

Pengguna jalan raya bermotosikal berkuasa rendah atau ‘kapcai’ berkemungkinan akan dihalang masuk ke bandar Kuala Lumpur sebagai langkah mengurangkan pelepasan karbon.

Kerajaan akan mempertimbangkan pelaksanaan tersebut sekiranya tambang pengangkutan awam mencapai kadar yang lebih berpatutan, kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Waktu siang, populasi [dalam bandar] meningkat antara lima ke tujuh juta kerana orang awam berulang-alik kerja,” kata Menteri Wilayah Persekutuan seperti dilapor The Star.

“Kebanyakan bandar tidak benarkan penggunaan motosikal kapcai. Tetapi kajian menunjukkan masyarakat masih memerlukannya kerana mereka tidak mampu [untuk pengangkutan lain] ekoran gaji yang rendah.”

Setiausaha Agung Umno itu dipetik berkata perkara itu turut dibangkitkan kerajaan kerana motosikal berkuasa 50 hingga 150 cc digunakan untuk jenayah ragut dalam bandar.

SUMBER

from HANASUVA http://ift.tt/2jqVqwF via IFTTT
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close