|
TANAH MERAH – Sepasang suami isteri yang disyaki terdesak untuk memiliki cahaya mata membuat tindakan nekad mencuri seorang bayi perempuan berusia lima hari dari Wad Kanak-kanak Hospital Tanah Merah di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 6.30 petang, suspek lelaki, seorang mekanik berusia 26 tahun, berpura-pura menjadi bapa kepada bayi itu dan mengikuti semua prosedur membawa keluar anak dari hospital berjaya melarikan bayi berkenaan.
Isteri mekanik terbabit yang berusia 23 tahun itu dikatakan kerap berlegar-legar di kawasan wad kanak-kanak itu sejak beberapa hari lalu dan berlagak seperti seorang wanita baru bersalin dengan memakai baju berlengan panjang dan berstoking panjang.
Setiap kali ditegur pengawal di hospital itu, wanita terbabit memberi alasan katil di wad tidak cukup dan dia datang melawat bayi yang didakwa dilahirkan pada 8 November lalu.
Tindakan suami isteri yang mencuri bayi yang bakal diberi nama Nur Amyra Sofea Mohd. Ihtisyamuddin oleh keluarganya mencetuskan suasana kecoh di hospital itu.
Nur Amyra berjaya dicuri mekanik itu dan isterinya selepas membayar bil hospital sebanyak RM20.50.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad (gambar kecil) berkata, kehilangan bayi itu disedari bapa mangsa, Mohd. Ihtisyamuddin Mohd. Ashri, 29, yang mahu melawat anaknya pada pukul 9 malam.
Namun, peniaga makanan itu terkejut kerana anaknya tiada di wad manakala isterinya, Siti Norbaiti Bahanaharing, 26, pula sedang menangis setelah anak bongsu daripada dua beradik itu hilang.
Ini komen bapa bayi itu:
“Saya terus mendapatkan pihak hospital untuk penjelasan lanjut sebelum mereka memaklumkan anak kami di bawa keluar oleh dua individu jam 6.47 petang.
“Saya kemudian membuat laporan polis berhubung kehilangan anak bongsu dari dua beradik itu,”
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad, berkata hasil pemeriksaan mereka mendapati bayi berkenaan dibawa ke Selising, Pasir Puteh dan berada di bawah jagaan sepasang suami isteri.
“Hasil bantuan polis Pasir Puteh, kita berjaya menyelamatkan bayi berkenaan dan menahan pasangan terbabit untuk siasatan lanjut.
“Kes culik berkenaan berjaya diselesaikan dalam tempoh satu jam dan bayi dalam keadaan selamat. Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan,”
Blogger Comment
Facebook Comment