Zaman sekarang ini ramai yang ingin mencari duit sampingan tetapi tidak tahu cara macam mana. Ini saya listkan 6 perkara untuk peroleh duit sampingan. Tetapi ingat cara ini perlu dilakukan dengan tekun, sabar, usaha dan kesabaran yang tinggi. Insy'Allah anda boleh berjaya. Bagi saya jika dapat membayar bil yang besar seperti sewa rumah atau bulanan kereta sudah cukup untuk membawa kita keluar dari kesempitan wang. Sekiranya cara ini anda rasa berkesan sila lah SHARE bagi kawan-kawan tau. Sila follow blog saya jugak ok.
1. Menjual Secara Online
Ini merupakan cara yang semakin popular dikalangan golongan pelajar mahupun golongan yang berkerjaya kerana untuk memulakan berniaga secara online sangatlah mudah. Anda hanya perlu mempunyai akaun perbankan online, barang yang hendak dijual dan terus mendaftar di mana-mana pasaran online yang popular berdasarkan jenis barang yang dijual. Anda juga boleh menjual melalui media sosial seperti Instagram.
Platform Cadangan: Mudah, Lelong, Lazada, 11Street
Kelebihan: Waktu kerja yang fleksibel, boleh beroperasi 24 jam, kos operasi rendah.
Kekurangan: Memerlukan kos permulaan, risiko barang tidak terjual, pasaran yang sangat kompetitif.
Tip Ekstra: Sila lihat artikel kami sebelum ini mengenai tip menjual secara online.
2. Sewakan Bilik Kosong Anda
Anda mempunyai bilik tambahan yang kosong? Jangan biarkan ia kekal kosong atau memakan ruang dengan menjadikan bilik tersebut sebagai tersebut. Tahukah anda, bilik kosong anda itu mempunyai potensi untuk menjana pendapatan tambahan anda?
Platform Cadangan: AirBnB, CariBilik
Kelebihan: Waktu kerja yang fleksibel
Kekurangan: Memerlukan kos penjagaan dan menghias bilik, risiko penyewa bermasalah
Tip Ekstra: Pastikan anda mengambil gambar yang menarik perhatian dan pastikan lokasi tempat anda berdekatan dengan pengangkutan awam. Selain itu, jika anda sering mempunyai penyewa anda boleh membuat kontrak dengan syarikat pencuci dan anda boleh mendapatkan harga istimewa.
3. Menjadi Pemandu Sambilan
Jika anda mempunyai lesen memandu dan mempunyai kereta sendiri, anda boleh menggunakan kenderaan anda untuk memandu orang lain dan menjana pendapatan tambahan. Jika anda agak risau dengan undang-undang yang agak kabur bagi pemandu sambilan, anda boleh memohon untuk menjadi pemandu teksi secara sambilan.
Platform Cadangan: Uber, GrabCar, syarikat teksi atau limo berlesen
Kelebihan: Waktu kerja yang fleksibel, pendapatan stabil, pendapatan boleh dikira lumayan untuk kerja sambilan
Kekurangan: Memerlukan kereta yang menurut terma syarikat, kos petrol dan penjagaan kereta, risiko kemalangan, risiko undang-undang
Tip Ekstra: Pastikan anda pandai melayan pelanggan dan berhemah dalam pertuturan dan tingkah laku. Bukan sahaja anda akan disukai oleh pelanggan malah kadar stres kerja boleh menjadi sangat rendah.
4. Menulis Blog Atau Membina Akaun Media Sosial
Jika anda rajin menulis blog atau aktif dalam menggunakan laman sosial, anda boleh mula meningkatkan tahap pelawat anda ke blog anda atau pengikut laman sosial dan menjana pendapatan melalui iklan secara online atau memberi review berbayar mengenai produk/servis tertentu.
Platform Cadangan: WordPress, Blogspot, AdSense, Instagram, Facebook atau domain anda sendiri.
Kelebihan: Waktu kerja yang fleksibel, pendapatan pasif, boleh dilakukan di mana-mana sahaja
Kekurangan: Perlukan wajah yang handsome/cantik, memerlukan skil pemasaran untuk menjadi terkenal
Tip Ekstra: Untuk membina pengikut, anda perlu kekal kreatif dan memahami minat sasaran pembaca atau followers anda.
5. Melakukan Tugasan Secara Freelance
Anda mempunyai skil-skil tertentu atau hobi yang berkaitan dengan perniagaan, teknologi atau kreatif? Contohnya penulisan surat rasmi, penulisan kreatif, programming, rekaan laman web, rekaan grafik dan macam-macam lagi jenis skil yang boleh ditawarkan secara sambilan. Jangan sia-siakan skil anda. Gunakan skil tersebut untuk menjana pendapatan secara sambilan.
Platform Cadangan: Bantu.my, Instagram, Facebook
Kelebihan: Waktu kerja yang fleksibel, bayaran berdasarkan projek, boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai skil
Kekurangan: Perlu menulis deskripsi dan menunjukkan hasil kerja yang meyakinkan, komunikasi dengan pelanggan perlu jelas untuk mengelakkan masalah
Tip Ekstra: Jika anda menggunakan Bantu.my, anda boleh melihat statistik pendapatan anda dan juga terdapat pelbagai kawalan dari segi bayaran dan komunikasi dengan pelanggan. Selain itu, terdapat feature yang membolehkan anda berkongsi profil dan portfolio anda secara mudah di laman sosial.
6. Menjadi Despatch Moden Atau Pembantu Virtual
Sejak kebelakangan ini, muncul pelbagai startup atau syarikat baru yang menawarkan perkhidmatan runner untuk pelbagai jenis permintaan; dari menghantar surat ke pejabat pos sehinggalah ke membeli nasi lemak kegemaran di gerai tepi jalan. Selain itu, muncul juga startup yang menawarkan perkhidmatan bantuan secara virtual untuk syarikat-syarikat lain seperti perkhidmatan pembantu peribadi atas talian.
Kelebihan: Waktu kerja yang fleksibel, budaya kerja startup yang agak lain dari budaya kerja secara konvensional
Kekurangan: Permintaan pelanggan yang mencabar, terma dan syarat yang ditetapkan
Tip Ekstra: Pastikan anda membaca terma dan syarat yang dikenakan. Selain itu, bayaran anda mungkin berdasarkan tahap kerja. Jadi pastikan anda mengambil kira perkara tersebut.
Blogger Comment
Facebook Comment