Harap info ni berguna untuk sesiapa nak pergi ke Cameron Highlands, sejak dua menjak ni nampak ramai yang pegi sana sampai ada orang cakap jalan sesak. Jadi rancang perjalanan anda. Have Fun K ....
Last saya pergi cameron rasanya tahun 2009 ke 2010.
Agro Technology Park MARDI
Agro-Technology
Park MARDI ni merupakan sebuah tempat penyelidikan agricultural dan
telah dibuka dan diuruskan oleh institut kerajaan.Agro Park ini
mempunyai keluasan dalam 42 hektar dan pengunjung boleh melihat sendiri
keindahan alam semula jadi kerana disini mempunyai pelbagai jenis kebun
bunga,tapak penyemaian, ladang dan juga tempat terdapat penanaman kecil
untuk pokok teh.Untuk memasuki Agro-Technology Park Mardi ini dikenakan
bayaran. Untuk dewasa ialah RM 5 dan kanak-kanak ialah RM 3.Waktu
operasi pula dibuka setiap hari kecuali hari isnin.
Taman Rama-Rama
Jika
anda ke Cameron Highland, berkunjunglah ke taman rama-rama yang
terletak di KEA Farm Cameron Highland. Disini terdapat pelbagai jenis
rama-rama yang pelik dan juga yang cantik Anda pasti akan teruja apabila
dapat melihat rama-rama yang banyak dan cantik ini. Taman rama-rama ini
dibuat seperti mini zoo ini yang terletak lebih kurang 4 km selepas
Bandar Brinchang dan 6km daripada Tanah Rata. Taman rama-rama ini sangat
sesuai untuk membawa anak-anak anda dan juga sesuai untuk membuat
lawatan sambil belajar. Harga tiket untuk masuk di taman rama-rama ini
hanya RM 5 untuk dewasa dan RM 3 untuk kanak-kanak.
Ladang Teh BOH
Bagi
anda yang penggemar teh dan juga suka akan kehijauan alam semulajadi.
Cameron Highland merupakan destinasi terbaik untuk anda kerana disana
mempunyai ladang teh yang sangat besar. Antara ladang teh yang menjadi
tarikan adalah ladang teh BOH. Apabila anda berada di ladang teh ini,
anda boleh juga mencuba memetik daun teh ! Keluasan ladang teh ini
adalah di dalam 8000 ekar,sangat besar! Ladang teh BOH ini juga
merupakan ladang teh yang terbesar di Asia Tenggara. Untuk memasuki
ladang teh ini tiada dikenakan bayaran dan ladang teh ini dibuka setiap
hari kecuali hari isnin dari pukul 9.30 pagi sehingga 4.30 ptg.
Cactus Valley
Jika
anda menyukai pokok kaktus, anda bolehlah berkunjung di Cactus Valley
ini kerana di sini mempunyai pelbagai jenis pokok kaktus yang mungkin
ada yang anda tidak pernah lihat. Malahan, di cactus valley ini
dikatakan mempunyai pokok kaktus yang berusia 60 tahun !Di cactus valley
ini bukan sahaja mempunyai pokok kaktus, tetapi juga mempunyai pelbagai
jenis pokok bunga yang boleh anda lihat.Selain daripada pokok bunga,
terdapat juga pokok epal yang boleh anda lihat sendiri cara penanaman
pokok epal. Cactus Valley ini dibuka setiap hari dari pukul 8pagi
sehingga ke pukul 6 petang dan untuk masuk dikenakan bayaran ialah RM4
untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.
Big Red Strawberry Farm
Big
Red Strawberry ini terletak berhampiran dengan Cactus Valley. Ladang
strawberry ini dikenali sebagai Taman Agro Tourism Cameron Highland!
Disini merupakan tempat yang sangat lengkap kerana mempunyai tempat
untuk berehat bagi mereka yang sudah keletihan berjalan di ladang
strawberry ini dan anda juga boleh menikmati alam sekitar yang sangat
tenang dengan suasana yang nyaman dan sejuk. Big Red Strawberry dibuka
pada 8.30 pagi sehingga ke 4.30 petang setiap hari. Selain itu,anda juga
boleh memetik sendiri buah strawberry, tetapi harganya lebih mahal
berbanding anda beli yang sudah siap dibungkus.
Lavender Garden
Lavender
garden yang terletak di Cameron Highland ini telah dibuka pda tahun
2013.terdapat banyak pokok lavender dan juga terdapat pokok bunga jenis
yang lain antaranya mawar,daisy, camelia dan sebagainya.Untuk melawat di
Lavender ini, bayaran akan dikenakan iaitu RM 5 untuk dewasa dan RM 3
untuk kanak-kanak. Lavender Garden dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi
sehingga 6 malam dan pada hujung minggu pula dibuka pada 9 pagi hingga 7
malam. Anda juga boleh membeli cenderahati apabila berada disini yang
kebanyakannya berasaskan pokok bunga lavender. Anda juga boleh merasakan
ice cream lavender dan juga milk shake strawberry yang segar dan sangat
sedap. Lavender garden ini terletak di antara Kuala Terla dan Tringkap.
KEA Farm di Brinchang
Kea
Farm merupakan kawasan pasar bagi mereka yang ingin membeli barangan
cenderahati, buah, bunga ataupun sayuran yang sangat segar.Selain itu
juga terdapat madu dan buah tangan yang lain.Selalunya disini agak sesak
dengan para pengunjung. Kea farm tidak jauh dari pekan Brinchang lebih
kurang dalam 3 km. Kea farm sangat dekat dengan kawasan yang menarik
seperti Rose Center, Bee Farm dan juga taman rama-rama. Anda pasti akan
membeli banyak barangan apabila berkunjung disini.
Ladang Lebah
Bee
Farm sangat dengan Kea Farm dan terletak dekat sangat dengan
Equatorial Resort.Disini tempatnya sangat menarik untuk anda lawati
terutamanya bagi kanak-kanak. Bee Farm mempunyai muzium mini, pasar
sayuran dan juga tapak permainan untuk kanak-kanak.Disamping itu juga,
anda boleh melihat sendiri madu yang dihasilkan oleh lebah di sini dan
anda boleh membeli madu yang sangat fresh. Tiada dikenakan bayaran jika
anda ingin memasuki di bee farm ini dan akan dibuka setiap hari dari
pagi hingga pada malam hari.
Fragrance Nursery
Fragrance
Nursery merupakan tempat bagi mereka yang menggemarkan bunga kerana
Fragrance Nursery adalah tapak penyemaian bunga. Bunga-bunga disini
kebanyakkan akan diimport ke negeri-negeri lain di Malaysia.Anda juga
boleh memetik bunga yang anda inginkan jika anda hendak membelinya.
Selain daripada bunga, terdapat juga buah strawberi dan aggur yang boleh
anda beli. Fragrance Nursery merupakan tempat menarik di Cameron
Highland kerana merupakan paling awal menghasilkan buah anggur.
Muzium Time Tunnel
Muzium
Time Tunnel yang terletak di Brinchang ini berada di tingkat bawah di
dalam Ladang Strawberry Kok Lim. Ianya dibina adalah untuk mengekalkan
memori sejarah dan warisan budaya untuk Cameron Highland sendiri.Muzium
ini memaparkan barangan koleksi peribadi See Kok Chan iaitu seorang
penduduk setempat di Cameron Highland.Beliau seorang yang sangat sukakan
benda-benda yang antik atau barangan lama. Muzium ini sangat sesuai
dilawati pada mereka yang ingin mengetahui sejarah tentang Cameron
Highland. Untuk memasuki muzium ini,dikenakan bayaran sebanyak RM 5
untuk dewasa dan RM 3 untuk kanak-kanak. Muzium Time Tunnel dibuka pada 9
pagi sehingga 6 petang setiap hari.
Blogger Comment
Facebook Comment