Siapa yang tak suka duduk tepi tingkap
semasa menaiki pesawat, kan? Bolehlah nikmati pemandangan sementara
menunggu untuk sampai ke destinasi.
Tapi berapa ramai je yang tertanya-tanya, kenapa tingkap pesawat berbentuk bujur (oval) dan bukannya bersegi.
Untuk pengetahuan semua, sekiranya tingkap pesawat bersegi ia tidak akan mampu menahan tekanan kabin yang berterusan.
Pesawat The de Havilland Comet merupakan jet komersial pertama yang mampu untuk terbang di paras ketinggian 35,000 kaki. Dalam
tempoh setahun pesawat itu dilancarkan, terdapat tiga kemalangan dan
dua daripadanya telah menyebabkan pesawat itu hancur atau meletup semasa
penerbangan. Ini kerana atmosfera diluar lebih rendah semasa terbang di
altitud yang tinggi, maka terdapat perbezaan tekanan udara di dalam
pesawat dan di luar pesawat. Pesawat Comet mempunyai tingkat bersegi dan
ini merupakan satu kesilapan reka bentuk yang serius.
Tingkap pesawat kemudiannya direka bentuk
semula dengan bentuk bujur disebabkan masalah-masalah yang timbul.
Sudut-sudut tajam dimana tempat paling lemah dan tekanan akan berkumpul
dapat dielakkan.
Inilah sebabnya semua tingkap pesawat berbentuk bujur dan bukannya bersegi.
Sumber: mudabahaya
Blogger Comment
Facebook Comment