Kekuatan Tun Hasmah Di Sisi Tun Mahathir Patut Dijadikan Contoh? Kenapa?
Meniti hari-hari yang semakin melewati mengundang muhasabah diri yang dalam. Bagi Tun Dr Siti Hasmah Haji Mohamad Ali, sentiasa mengharapkan agar diberi kesihatan diri bukan saja untuk dirinya malah semua wanita perlu ada pengharapan sebegitu.
“Semoga dapat menjaga taufik dan hidayah daripada tuhan. Elakkan apa yang akan mencetuskan kecil hati atau apa saja yang boleh menyakitkan suami kita. Kita juga perlu sentiasa prihatin dengan kemahuan suami.”
Apatah lagi, dalam melewati usia separuh abad ini bermacam-macam perkara boleh berlaku. Apabila tiba pada saat kecemasan, Tun Hasmah tidak begitu mengharapkan suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad mampu bertindak pantas.
“Saya tak yakin yang suami saya boleh menelefon atau keluar mencari bantuan. Dia tak pakai telefon. Segala-galanya orang lain yang uruskan. Sekarang ini saja baru dia pandai pakai telefon.
“Dulu dia perdana menteri. Arah saja. Sebab itu saya perlu ada di sisinya. Kalau dia dalam kecemasan saya ada di situ dan dapat bertindak cepat. Dalam saat kecemasan, saya tak harapkan suami saya.
“Ada satu hari saya diserang cirit-birit dan muntah-muntah di tengah malam. Saya minta dia carikan doktor untuk ambil ubat hemodium. Dia tanya saya macam mana dan bermacam-macam soalan. Akhirnya saya minta dia cari doktor yang bersebelahan dengan suite kami. Lama dia pergi. Saya fikir ke manalah dia sesat. Sampaikan saya lega sedikit dan baring. Suite yang kami duduk ini ‘special’ ada banyak pintu.
“Tak lama saya dengar pintu saya diketuk. Saya bangun dan dengar ‘who is this?’ tanya saya, ‘Dr Mahathir, I want to see Doctor Nasir’. Saya buka pintu dan tarik dia masuk. Rupa-rupanya dia cuma berpusing saja dalam suite kami jam 2.30 pagi itu.”
Perkahwinan ‘sweet couple’ ini sudah mencapai usia 60 tahun. Kemesraan Tun Hasmah mahupun Tun Mahathir sentiasa saja menjadi perhatian para netizen. Apa juga perkongsian cinta tentang keduanya begitu indah untuk dijadikan panduan.
Hubungan yang cukup manis untuk digambarkan tetapi bagaimana pula dari sudut Tun Hasmah membesarkan anak-anak? Anda boleh dapatkan majalah Mingguan Wanita bilangan 1710 (26 Ogos-1 September 2016) yang sudah ada di pasaran untuk ketahui cerita penuh mereka berdua.
Blogger Comment
Facebook Comment