loading...

8 Peraturan Guna Gajet Ini Perlu Anak Anda Tahu. Barulah Dapat Kurangkan Ketagihannya


Kemunculan media sosial dan ledakan teknologi mencetuskan lambakan gajet elektronik. Ada ibu bapa mengambil keputusan untuk mendedahkan si manja dengan komputer tablet, telefon pintar, buku interaktif, komputer, permainan atas talian dan sebagainya. Daripada sudut positif, pendedahan awal itu bagus. Namun, jangan sampai ia bertukar negatif dan meninggalkan kesan buruk kepada anak anda.
Sebagai mama dan papa, anda perlu mengambil langkah memantau dan mengehadkan penggunaannya. Hal ini penting supaya perkembangan anak tidak terganggu. Pelbagai langkah boleh diambil untuk menjadikan gajet, sesuatu yang bersifat positif terutamanya untuk menggilap perkembangan daya intelek adik.

1. Hadkan masa 20 hingga 30 minit untuk setiap sesi dan hanya dua atau tiga sesi sehari.

2. Wujudkan peraturan untuk mengehadkan penggunaan gajet supaya tidak mengganggu waktu tidur iaitu dengan melarangnya menggunakan gajet selepas jam 9.00 malam.

3. Elakkan penggunaan gajet di dalam suasana gelap.  Sinaran blue ray daripada gajet boleh merosakkan mata.

4. Amalkan penggunaan gajet mengikut konsep 20:20:20. Setiap 20 minit menghadap skrin, ambil masa 20 saat untuk memandang jarak 20 kaki.

5. Set pencahayaan minimum pada skrin untuk mengelakkan terlalu terang dan menyebabkan mata menjadi silau.

6. Simpan gajet di tempat yang tidak boleh dicapai oleh anak anda terutama sekali ketika mengecas untuk mengelakkan kejadian renjatan elektrik dan sebagainya.

7. Gunakan perisian komputer yang membolehkan mama dan papa mengehadkan masa anak menggunakan komputer.

8. Muatkan gajet dengan permainan pendidikan, bukan hiburan semata-mata.



Layari laman web

Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close