Kita Boleh Bawak Balik Free Barang-barang Dari Hotel? Ni Ada 6 Barang Yang Wajib Amek
Kelengkapan Dandan Diri (Toiletries)
Anda terlupa syampu atau sabun badan? Jangan risau kerana kebanyakan hotel ada menyediakan kelengkapan ini malah anda boleh minta lagi jika tidak mencukupi. Disediakan dalam bentuk kecil dan mudah dibawa membuatkan pengunjung mudah mengambilnya untuk kegunaan lain.
Buku Panduan Perjalanan, Peta
Setiap sudut lobi hotel banyak menyediakan buku panduan perjalanan mahu pun peta untuk kemudahan pengunjung. Kadang-kadang, pengunjung tidaklah terlalu memerlukan buku panduan tersebut tetapi mengambilnya kerana terdapat banyak gambar-gambar menarik dan saiznya yang comel.
Botol Mineral
Kebanyakan botol mineral yang terdapat di hotel mempunyai label hotel itu sendiri. Meski pun hanya botol air mineral, ramai yang bawa pulang. Bukan apa, biar pun rasanya sama saja tapi label itu sangat terhad!
Sarapan Pagi
Menginap di hotel membolehkan anda mendapat kupon sarapan pagi percuma tetapi pastikan sarapan pagi termasuk di dalam tempahan hotel anda. Jika anda menginap di hotel, jangan lupa sarapan kerana ia percuma biar pun anda makan tambah banyak kali.
WiFi
Ya! Ia bukan barang tetapi ia satu perkhidmatan percuma. Hotel bajet sekali pun turut ada menyediakan perkhidmatan WiFi percuma. Maklumlah, WiFi bukan lagi satu kemahuan tetapi satu keperluan pada zaman sekarang. Biasanya, pihak hotel tidak akan mengenakan sebarang caj untuk khidmat WiFi.
Suratkhabar
Meskipun anda sudah tidak lagi membaca suratkhabar setelah adanya kemudahan suratkhabar online, tetapi ketahuilah bahawa suratkhabar yang dihantar depan pintu hotel anda menginap adalah percuma. Sekurang-kurangnya, anda boleh simpan untuk kegunaan lain misalnya membungkus barang-barang, mungkin?
Blogger Comment
Facebook Comment