loading...

( Masyarakat ) Sanggup Bedah Plastik Sebab Hobi Suka Selpie? Siyeslaa ..



Image result for selfie addict


RAMAI orang terutamanya golongan wanita gemar mengambil gambar wajah mereka sendiri atau selfie untuk dimuat naik ke laman-laman sosial.
Kewujudan aplikasi telefon bimbit yang mampu merubah wajah menjadi lebih cerah dan cantik juga seakan-akan mendorong golongan yang gemar berselfie itu semakin obses lalu memuat naik foto-foto mereka dengan kerap.

Begitu pun, satu kajian terbaharu mendapati, foto-foto selfie yang dianggap sempurna mendorong individu yang melihatnya untuk menjalani pembedahan plastik bagi merubah struktur wajah masing-masing menjadi lebih cantik.
Kajian yang diterbitkan dalam British Association of Aesthetic Plastic Surgeons pada tahun lalu itu mendapati, data yang diperoleh mereka menunjukkan terdapat peningkatan sehingga 16 peratus dalam kalangan penduduk di Britain yang menjalani pembedahan plastik pada 2015 berbanding tahun 2014.

Image result for selfie addict
Hal ini terjadi kerana pengaruh media sosial yang sering memaparkan gambar-gambar selfie yang cantik sehingga mendorong ramai wanita untuk menjalani pembedahan plastik pada wajah.
Menurut seorang doktor pakar bedah plastik di Amerika Syarikat, John Grossman, berpuluh-puluh wanita akan datang kepadanya dan meminta agar wajah mereka diubah.
“Antara permintaan mereka yang paling popular adalah supaya saya memancungkan hidung selain membuang lebihan lemak pada dagu dan leher,” ujarnya.

Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close