#1 – Hapuskan Hutang Anda Terlebih Dahulu
Kira berapa banyak anda telah habiskan untuk membayar hutang. Anda akan mendapati bahawa menghapuskan hutang adalah cara terpantas yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan duit lebih untuk disimpan.Apabila anda tidak menggunakan wang untuk pembayaran hutang, anda boleh menyimpan duit tersebut. Lagi cepat anda membayar hutang, lagi tenang hati anda kerana tak perlu lagi fikir pasal hutang.
Anda hanya perlu fikir tentang menyimpan sahaja, ataupun melabur. Sudah tahu banyak hutang jangan pula anda menambahnya lagi, bukan senang kita nak menyelesaikan hutang.
#2 – Tetapkan Matlamat Tabungan
Berapa banyak sebenarnya yang anda nak simpan?Jika anda ingin membeli rumah, tentukan berapa banyak bayaran muka yang anda perlu buat.
Untuk matlamat jangka panjang, seperti persaraan, anda perlu melakukan perancangan yang lebih rapi.
Anda harus memikirkan berapa banyak wang yang anda perlukan untuk hidup dengan selesa selama 20 atau 30 tahun selepas anda berhenti kerja. Selain itu, perlu memikirkan bagaimana pelaburan akan membantu mencapai matlamat tersebut.
Bila anda sudah ada duit lebih, boleh laburkan duit tersebut tetapi kena ingat cari ilmu dahulu sebelum melabur kalau tak tersontot seperti skim cepat kaya dan juga MLM.
#3 – Buat Satu Jangka Masa Untuk Menyimpan
Sebagai contoh: “Saya nak beli sebuah rumah dua tahun akan datang bermula dari hari ini.”Apabila anda sudah menetapkan tarikh tertentu, tarikh tersebut membolehkan anda fokus untuk mencapai matlamat itu. Anda perlu pastikan dalam jangka masa itu boleh capai objektif anda.
Jika matlamat yang ditentukan itu tidak boleh dicapai, anda mungkin akan merasa kecewa. Cuba kira-kira berapa banyak anda boleh simpan setiap bulan dan setiap tahun.
Dari situ anda boleh tengok berapa banyak anda boleh simpan dalam jangka masa yang lebih panjang.
#4 – Fikirkan Berapa Banyak Yang Anda Perlukan Untuk Menyimpan
Anda perlu fikir berapa banyak yang boleh anda simpan duit selama seminggu, sebulan atau setiap kali mendapat gaji untuk mencapai setiap matlamat penyimpanan duit anda. Ambil kira setiap perkara yang perlu menggunakan duit dan berapa banyak yang anda perlukan untuk memulakan simpanan harian anda bermula hari ini. Fikir tentang simpan duit tu hari ini juga. Jangan tunggu-tunggu lagi.Sebagai contoh, jika anda mahu meletakkan bayaran muka sebanyak RM20 ribu untuk sebuah rumah dalam masa 36 bulan (tiga tahun), anda akan perlu mencari jalan untuk menyimpan kira-kira RM560 (560 x 36 = RM20,160) setiap bulan.
Tetapi jika gaji anda sedikit. Sebagai contoh lebih kurang RM1,000. Saya pasti anda tahu menyimpan sebanyak itu bukan satu matlamat yang realistik.
Kecuali, jika anda tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab dan dapat makanan percuma dan tidak perlu keluar duit minyak untuk pergi tempat kerja.
Anda kena adaptasi matlamat anda dengan hidup.
#5 – Simpan Rekod Perbelanjaan
Dengan kata lain, keep track perbelanjaan anda. Ada dua perkara mengenai duit antaranya, berapa banyak yang anda dapat dan berapa banyak yang anda belanjakan. Tulis perbelanjaan untuk setiap bulan. Buat seperinci yang mungkin, dan pastikan masukkan pembelian kecil seperti shavers atau syampu dan lain-lain.Buat kategori untuk setiap pembelian seperti insuran kereta, bayaran kereta, bil telefon, bil elektrik, hiburan, dan lain-lain. Simpan satu nota kecil dengan anda pada setiap masa (sekarang anda boleh gunakan telefon pintar). Jadikan satu tabiat anda untuk merakamkan setiap perbelanjaan dan simpan resit untuk setiap perbelanjaan.
Kemudian, duduk seminggu sekali dengan nota kecil dan resit anda. Rekodkan perbelanjaan ke dalam Microsoft Excel. Anda boleh menggunakan fungsi kira di dalam Excel.
Terdapat juga app yang anda boleh muat turun di Play Store untuk membantu menjejaki perbelanjaan anda. Ataupun, kita boleh rekod dalam buku sahaja supaya setiap duit keluar masuk tersebut.
#6 – Nilai Semula Matlamat Simpanan
Cuba lakukan ini : tolak perbelanjaan anda daripada pendapatan yang anda bawa pulang. Tolak juga cukai. Berapa banyak bezanya?Dan adakah ia sepadan dengan matlamat simpanan? Katakan anda telah memutuskan 100% pasti anda boleh hidup dengan RM1500 sebulan, dan jumlah gaji ialah RM2300 sebulan. Ini bermakna anda mempunyai RM800 untuk disimpan.
Jika anda tidak boleh memuatkan objektif simpanan mengikut bajet, lihat kembali kenapa anda menyimpan dan tolak ke tepi perkara yang kurang penting atau anda boleh menyesuaikan jangka masa simpanan.
Jika anda rancang dalam 2 tahun beli kereta baru, mungkin anda boleh tambah setahun lagi untuk membelinya (3 tahun) dan pada waktu itu pun kereta sudah semakin canggih untuk dibeli.
#7 – Kurangkan Perbelanjaan
Sudah rekodkan perbelanjaan? Cuba anda lihat kembali rekod perbelanjaan itu.Anda mungkin akan terkejut apabila melihat kembali rekod perbelanjaan anda, RM30 untuk ais krim, RM10 untuk tiket letak kereta, dan mungkin juga RM40 untuk tiket wayang (bila anda belanja kawan-kawan ataupun anak-anak).
Anda akan melihat beberapa banyak pembaziran yang telah diakukan, dan yang boleh dikurangkan. Bergantung kepada berapa banyak yang anda perlukan, mungkin anda perlu membuat beberapa keputusan yang sukar. Apa yang penting?
Fikirkan tentang keutamaan anda dan potong mana-mana yang boleh potong. Kira berapa banyak yang anda boleh berjimat kemudian tengok berapa yang akan anda dapat dalam tempoh setahun.
Anda akan menjadi lebih bermotivasi untuk untuk menyimpan bila tahu berapa banyak anda dapat jimat.
Cari Pendapatan Part Time.
Sudah tahu gaji kecil, cuba cari side income seperti meniaga online, sabtu ahad kerja part time, jadi agent dropship atau lain-lain lagi yang boleh tambahkan pendapatan kita.
#8 – Buat Bajet Sendiri
Bila anda sudah rekod, sudah tahu objektif, anda boleh buat bajet tersebut. Sebaik sahaja anda telah berjaya untuk mengimbangi pendapatan dengan matlamat simpanan dan perbelanjaan, tuliskan bajet supaya anda akan tahu setiap bulan berapa banyak gaji yang akan digunakan.Jangan lupa pasal bajet sebab selalunya bila kita nampak benda kita rasa nak beli.
Dengan bajet, kita boleh cuba elakkan benda ni daripada berlaku. Kita tetapkan terus berapa banyak kita nak belanja. Sebagai contoh: “Saya hanya akan membelanjakan RM30 sebulan pada wayang, coklat, kopi, dan lain-lain.”
Buat sekali budget tahunan, tulis semua tahun itu anda nak beli apa atau segala aktiviti yang mengunakan duit.
#9 – Bayar Diri Sendiri Dahulu
Simpanan harus menjadi keutamaan. Jadi jangan kata yang anda simpan apa yang tinggal pada akhir bulan. Anda tipu diri sendiri kalau cakap begitu. Anda takkan simpan.Simpan duit sejurus selepas anda dapat gaji ke dalam akaun ataupun tabung. Cara yang mudah dan berkesan untuk memulakan penjimatan adalah dengan mendepositkan 10% setiap kali gaji yang anda dapat dalam akaun simpanan.
Anda boleh membuat pemindahan automatik dari akaun ke akaun yang lain (yang anda takkan sentuh duit di dalamnya).
#10 – Jangan Mudah Kecewa atau Berputus Asa
Anda mungkin tidak fikir anda boleh menjadi kaya. Untuk menjadi jutawan pula adalah mustahil. Tapi bayangkan, sedikit demi sedikit anda menyimpan.Pada mulanya memang sedikit. Seperti tak cukup. Lama makin lama, perubahan mula berlaku. Sehinggalah pada satu hari anda akan berasa gembira kerana anda menjadikan menabung itu sebahagian daripada hidup anda.
Jadikan tabiat menyimpan sebagai hobi anda dan akan seronok bila tengok duit makin bertambah dalam simpanan. Tetapi ingat jangan sampai kedekut sampai takut nak bersedekah, sebab sedekah itu adalah pembuka pintu rezeki kita. Islam pun cakap kalau nak kaya dan banyak duit perbanyakkan bersedekah.
Credit: http://www.majalahniaga.com
Blogger Comment
Facebook Comment