loading...

( Pelik ) Penjara Pudu Dah Tiada .. Ini Bekas Banduan Ceritakan Pengalamannya, Apa Yang Terjadi Dalam Tu?

Image result for penjara pudu pelik


Kisah dari Penjara Pudu Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah
diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir".
Dibilik inilah seringnya Berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu
ditutup. Dinamakan "BILIK TERAKHIR" adalah kerana dulu ia merupakan bilik
kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman
gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.

Di "BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan
meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi
perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi
begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya
yang telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada
di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan,
mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang
menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.

Image result for penjara pudu bilik terakhir

Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing
hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian
tidak pula kelihatan kambing keluar semula. Ramai bomoh dan pawang yang
dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara
yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat
roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana
mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan
renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang
berhampiran dengan Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira
lebih kurang pukul 01:00 pagi
beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran
bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk melihat apakah bendanya
itu.Sedang ia mengamat amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor
kambing hitam sedang menuju kearah "Bilik Terakhir" itu lalu lesap begitu
saja. Ia berasa hairan bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu?

Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri "Bilik
Terakhir" itu.Alangkah terperanjatnya mendapati
pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa
gementar, seram serta menggigil ketakutan
namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu
sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi.

Apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya
ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu
tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang
mengerikan seraya berkata...

"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan kau sentuh harta itu"
"Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa" "Ahmaaaaaad Albab yang
punyaaaaaa"
"Ha Ha Ha Ha Ha" Sekian adanya... ... ... padan muka
korangggggg..asyik tengok mail je ... keje tak buat... . Jangan
marah ye... ... gurau je... Kalau marah nanti kena jual... . hehehe...
buruk rupe kalau marah

P/S: ehehhehe..aku pun dah terkena jugak...jgn mare aaarrrr
Share on Google Plus

About Gedebak

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment
loading...
loading...
loading...
KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close