CARA-CARA MENGANIAYA TRAVELLER GAYA SAINTIS KOMPUTER (AMATUR)
* PENAFIAN: Ini adalah artikel untuk menjelaskan satu situasi buruk yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Bukan untuk dilakukan oleh pembaca. Jika tertangkap, jawablah sendiri dengan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia. Kami sama sekali TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ke atas salah laku anda.
Pengenalan:
Kerap kali kita rasa ingin menyatakan kegembiraan kita dengan jelas atas sesuatu pemberian / nikmat yang diperolehi. Apa yang biasa kita lakukan adalah dengan memuat naik status / gambar / sebarang elemen media ke laman sosial. Ada yang turut sama bergembira, ada yang mendoakan, ada juga yang makan hati barangkali. Hehe.
Permasalahan:
Apa yang anda muat naik sebenarnya adalah maklumat rahsia yang boleh dimanipulasi oleh pelbagai pihak berkepentingan mahupun tidak berkepentingan (suka-suki ranjo). Tambahan lagi, anda meletakkan status tersebut untuk tontonan umum (public). Ini kerana, maklumat yang tertera adalah secara keterlaluan boleh digunakan untuk verifikasi oleh pihak yang mengeluarkan maklumat tersebut dan menyebabkan sebarang pertuduhan/ fitnah / surat layang menjadi sangat serius untuk diambilkira. Sebagai contoh: tiket kapal terbang (seperti Rajah yang dilampirkan).
Tijauan Literasi:
– Keyword: Cyber crime, image GPS tagging.
– Cara-cara meng’injek’ arahan ke dalam SQL kerana keselamatan sistem yang longgar [1]. Sistem yang lemah pun para hackers boleh manipulasi, inikan pula maklumat peribadi yang anda tayang untuk tontonan umum.
– Pengguna Internet di Malaysia menghampiri 70% daripada 30 juta penduduk [2]. Konsep “everyone can get connected” sebenarnya sangat berjaya di negara ini. Setiap pergerakan anda juga boleh dikesan oleh pihak Google melalui telefon bimbit / smartphone anda [3]. Adalah dapat dibayangkan bagaimana pihak SKMM dengan mudah mengesan pergerakan penjenayah apabila bekerjasama dengan pihak polis.
Metodologi:
1. Pastikan keselamatan pihak yang ingin memanipulasi terjamin dari ditangkap pihak berkuasa. Caranya:
– Jangan gunakan telefon awam, telefon bimbit mahupun telefon telefon wayar. Ini untuk mengelakkan jejak anda dari dikesan oleh pihak telekomunikasi melalui rangkaian mereka dan rangkaian CCTV berhampiran lokasi anda.
– Gunakan komputer yang baru diformat (untuk menghindari sebarang jejak digital)
– Gunakan WiFi percuma / yang telah di’hacked’ di tempat umum (spt: McD / pasaraya/ airport dll) – pun begitu, CCTV adalah musuh utama anda.
2. Cipta 1 emel baru yang nampak semacam betul. Sbg contoh (rafizah.ramlay@gmail.com) untuk memulakan serangan. Pilih peak hour (untuk mengaburi CCTV).
3. Masukkan segala fitnah yang anda suka, jika boleh letakkan lampiran gambar beg berisi dadah / senjata berbahaya acah-acah bukti bergambar untuk menyokong fitnah anda.
4. Tekan butang send dan nantikan status terkini dari mangsa anda dalam sehari dua.
5. Bakar dan tanam dalam tanah peranti yang telah anda gunakan untuk modus operandi tersebut.
Kesimpulan:
Manusia ni, kalau sifatnya nak menganiaya, jangankan pada binatang dia boleh lakukan. Pada diri sendiri dan anak dalam kandungan pun dia boleh aniaya. Inikan pula bila berpeluang pada orang yang tiada kepentingan dalam hidupnya. Walaupun pada akhirnya si penganiaya akan tertangkap juga kerana menghantar emel pertuduhan palsu / berbaur fitnah, namun buat mangsa yang baru sahaja nak merasa bercuti dengan layanan Kelas Perniagaan, bolehlah diucapkan selamat tinggal pada tiket yang berharga puluhan ribu itu.
Sekian, pesanan khidmat masyarakat sempena cuti sekolah ini dibawakan oleh RoS.
Rujukan
[1] http://ift.tt/2dtTb7K
[2] World Internet Stat
[3] http://ift.tt/1ABgiVh
from Root of Science http://ift.tt/2fVUNKv via IFTTT
Blogger Comment
Facebook Comment